Gunakan Minat Muhammad Untuk Berlatih Menulis

Muhammad suka betul dinosaur 🦖
 
Siap boleh tahu nama setiap satu jenis dinosaur. Ni makan apa, berapa tinggi berapa berat, etc.
 
Dah kalau minat, semua nak tahu, kan.
 
Kadang tu kesian tengok dia frust bila berpuluh kali dia ajar saya nama dinosaur, saya tetap tak tangkap 🤭
 
Complicated kot. Stegasaurus memang lah senang. Tang Parasaurolorophus, hah panjang!
 
Tapi Muhammad tak suka menulis.
 
Oleh kerana saya nak dia praktis menulis, saya pun menjadikan patung dinosaur sebagai modal.
 
Muhammad kena tulis nama setiap satu dinosaur mengikut jenis supaya mak boleh ingat 😝
 
Haaa baru gigih 👊💪🏻
 
P.s :
 
Dinosaur pun boleh dijadikan modal semasa sesi memahami ayat Quran terutamanya bab Allah Maha Berkuasa.
 
Haa Dinosaur garang besar tu pun Allah yang buat tau. Hebat tak Allah 🦖

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares