Living in Japan

Gundam Front Tokyo

Gundam tu apa?

Saya pun tak tahu. Tapi menurut suami, ia adalah siri robot.

Saya mana lah layan sangat robot ni kan.

Tapi excited jugak lah nak pergi tengok Gundam besar kat Tokyo.

Mula-mula kami ingatkan di Akihabara. Ye lah, orang kata Akihabara tempat macam-macam game.

Bila turun di Akihabara, eh, takde pun robot besar tu.

Nasib baik train adalah senang figure, tak payah berlari sangat.

Untuk ke Gundam Front, ambil Rinkai Line for Shin Kiba.

Berhenti di Tokyo Teleport.

So, siapa yang ada kat Tokyo tu, boleh lah cari Rinkai Line kat train station ya. Senang kalau anda dalam Yamanote Loop Line. Dari situ Insya-Allah senang jumpa Rinkai Line ni.

Bila turun di Tokyo Teleport, kita tak terus nampak robot.

Memula nampak bangunan Diver City Tokyo.

The robot is on the opposite side of the building.

image
Excited nak cari robot ni saja. Haha

Jalan sikit lah.

Waaahhhh!!

Teruja tengok robot besar.

image
Muhammad dan Maryam masa show robot

Alhamdulillah masa baru sampai tu dia ada macam mini show.

Robot tak jalan, tapi berlampu kelip-kelip, keluar asap, siap gerak kepala.

Hihi.

Should be ada macam bangunan atau kedai nama Gundam Front yang ada pelbagai aktiviti.

Salah satunya tunjuk kita macam mana diorang buat Gundam.

Tapi kami tak masuk sebab masa sampai tu pun dah nak dekat pukul 6 petang.

Dia tutup pukul 6.

Pukul 6 dah rupa macam pukul 9 malam waktu autumn.

Benda lain yang menarik, park depan robot ni,  dan maritime museum, selain pemandangan yang macam dalam kartun.

Ada bridge yang macam kat San Francisco tu. Hik3.

Bukan ai tahu pun, tapi tengok gambar kengkawan post jambatan tu.

Overall, takde apa sangat datang situ, unless anda memang peminat Gundam.

Boleh lah duduk depan robot lama-lama.

Tapi, takde kerusi tau dekat situ.

Boleh tahan harga robot dia jual.

Yang mencabar tu, robot dia bukan siap pasang, tapi macam mini lego, kena pasang sendiri.

Kami belikan hok yang paling simple untuk bebudak ni. Itu pun, part dia banyak hilang.

Dah budak, kan. Dah siap pasang, diorang pergi bukak satu-satu part.

Lain-lain, kita jenjalan dalam bangunan, baru panas sikit. Hihi.

Ada benda lain belum buat kat situ- river cruise!

Next time la deh.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *