Aktiviti Baby Bermain : Hajar dan Kentang Lenyek

Ini adalah pertama kali saya merelakan Hajar untuk main ‘very messy play’, iaitu di restoran mesra kanak-kanak, Weaning Tots.

Kalau tengok dalam buku, macam comel bila baby main ‘messy’. Tapi bila anak sendiri buat, dah fikir nak kena cuci nanti macam mana 😅

Restoran ini terletak di tingkat 3 di bangunan Mytown iaitu sebelah Ikea Cheras.

Selain menu dewasa, ianya sediakan menu untuk baby yang dah mula makan. Contoh menu adalah seperti ini, ‘mash potato’

Itu yang Hajar boleh main ‘mash potato’

Pertama kali Hajar celup tangan dalam mangkuk ‘mash potato’, wajahnya memancarkan sinar bahagia. Haha.

Lepas celup tangan, Hajar cuba gumpal-gumpal, sapu pada meja, buat macam-macam gaya tangan dalam ‘mash potato’, dan macam-macam lagi.

Seronok pula tengok Hajar gembira 😍

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares