Cabaran 30 hari

Hari #1- Cabaran 30 Hari Entry

Sebagai salah satu usaha memaksa diri untuk update blog setiap hari, maka saye pun join sekali lah Cabaran 30 hari nih. Patut semalam start, tapi di atas beberapa urusan teknikal (ececeh alasan! πŸ˜› ) Maka hari ni baru ler nak start.

Pembaca blog Diary of Muhammad, kalau nak join, di alu- alu kan sangat. Buh sekali link blog anda kat bahagian comment, boleh saya baca part anda pulak πŸ˜€

Meh saya senaraikan list 30 entry yang saya perlu hasilkan untuk 30 hari ni. Edited dari blog Kak Dilla Jalil πŸ˜€

=============================================

Hari #1: Pengenalan tentang diri anda. Gambar terbaru

Hari #2: Makna di sebalik nama blog anda

Hari #3: Percutian keluarga

Hari #4: Segalanya tentang ibu bapa anda

Hari #5: Video tentang telatah anak/anak saudara anda yang mencuit hati

Hari #6: Rumah impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)

Hari #7: Buku yang anda suka

Hari #8: Lokasi pelancongan impian anda

Hari #9: Impian yang sedang anda usahakan

Hari #10: Outdoor activity kegemaran anda

Hari #11: Quote yang sangat bermakna buat anda

Hari #12: Kereta impian anda (lagi bagus kalau letak gambar)

Hari #13: Jika income anda sejuta ringgit sebulan, setiap bulan, apa perancangan anda?

Hari #14: Restoran kegemaran anda

Hari #15: Cadangan untuk menjadikan Malaysia a better place to live

Hari #16: Sesuatu yang anda rindui

Hari #17: Perkara terbaik yang berlaku kepada anda pada minggu ini

Hari #18: 3 perkara yang anda sukakan tentang personaliti anda

Hari #19: Perkara yang membuatkan anda takut

Hari #20: Perkara yang membuatkan anda tercabar

Hari #21: Binatang kesukaan anda

Hari #22: Pakar motivasi kegemaran anda

Hari #23: 5 insan terpenting kepada anda

Hari #24: Cara terbaik habiskan masa lapang

Hari #25: Obsession anda

Hari #26: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada ibu bapa anda

Hari #27: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada pasangaan anda

Hari #28: Hadiah terbaik yang anda ingin beri kepada anak-anak/anak saudara anda

Hari #29: Apa definisi kejayaan menurut anda

Hari #30: Impian anda untuk 30 hari akan datang

=============================================

Ok hari ni kita mulakan dengan pengenalan diri πŸ™‚

Saya adalah Khadeejah Hasmad, ibu kepada 2 cahaya mata currently. Memang ada planning nak tambah lagi sebelum umur cecah usia 35 atau 40 tahun. Huhu. Macam best ramai anak ni, nanti bila besar, kecoh ramai- ramai. Oh keluarga saya boleh di consider keluarga besar. Adik- beradik ada 6 orang

Kalau berkumpul sekali, memang seronok. Celoteh macam- macam. Dalam WhatsApp je dah cukup kecoh πŸ˜› Tapi sejak ramai kahwin ni, jadi kurang sikit kecoh. Sibuk dengan pasangan mungkin? Alah ai pun sendiri sibuk memanjang. Wuhuu

Gambar terbaru, jap cari. Bersama kekasih hatiΒ :*

2013-12-16 21.50.19

Kesayangan kami, Muhammad. Anak sulung yang sentiasa merebut perhatian sejak kelahiran adiknya.

2013-07-29 21.32.16

Kesayangan kami, Maryam.

2013-12-01 12.28.09

Kecik- kecik kena ajar pakai tudung. Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, kan. Di samping beritahu kenapa dia kena pakai tudung so that bila dah besar nanti, tudung sentiasa melekat bersama kefahaman.

Bila dah ada anak 2 ni, kita jadi macam referee pulak. Kadang adik frame kan si abang. Padahal abang tu tak buat apa pun. Kadang si abang belakang kita, duk buli si adik.

Tapi manis bila tengok diorang ni borak sesama, main sesama. Walaupun masih belum bercakap macam orang dewasa, tapi ada communication antara mereka. Aset ni, amanah untuk di didik menjadi kesayangan Allah..

Moga ikatan adik- beradik ni utuh hingga ke syurga. Kena doa anak- anak masuk syurga ^_^

Ok esok kita sambung entry Hari #2. Stay tuned!!

===================

Pengedar Shaklee Kerteh & Paka,

Khadeejah Hasmad
SMS/ WhatsApp: 019 409 3457
Email: [email protected]
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *