Haukland Beach, Lofoten Di Musim Sejuk Bersama 4 Anak

Langit ciptaan Allah di Lofoten memang sangat mengagumkan.

Pelbagai ekspresi awan dan cahaya bercampur-baur menjadikan langit di sini sangat-sangat unik dan cantik.

Gambar kali ini saya kongsikan kami di Pantai Haukland (Haukland Beach).

Papan tanda hampir di tenggelami salji tebal

Sejuk buta datang pantai ­čśéKami datang pantai bukan sebab nak mandi pantai pun, saja nak berjalan.

Pantai Haukland (Haukland Beach) ini terletak lebih kurang 10km dari pekan kedua terbesar di Lofoten.

Pekan tersebut bernama Leknes.

Lofoten merupakan kepulauan yang penuh dengan gunung-ganang bersalji.

Parkir kereta di pantai ini percuma. Tapi yang ke pantai cuma suami dan apak, sebab depan parkir pun angin dah sangat kuat.

Anak-anak macam biasa, main salji lah, apa lagi.

Pemandangan langit di pantai ini cantik sangat-sangat-sangat Subhanallah.

Awan-awan di sini berpusing, berdiri dan macam-macam gaya yang saya tak pernah saksikan.

Awan rupa gunung berapi meletus pun ada.

Jom saya kongsikan beberapa foto kami sepanjang di Haukland Beach ini.

 

Muhammad Maryam apa lagi, main di bukit-bukit salji lah.

Nampak macam pakai tebal, sebenarnya 2 lapis baju saja. Nanti saya kongsikan pemakaian untuk cuaca begini. Goggle mesti pakai sebab angin rajin datang. Angin tiup salji ke muka kita, habis ais masuk.

Neck warmer mesti pakai. Topi wajib pakai. Eh semua lah sampai tak nampak muka.

Suhu waktu ini dalam -2C ke -3C.

Ini adalah suami saya dan apak saya. Apak masih bertopi. Sekejap lagi topi di tiup angin kuat.

Topi apak diterbangkan angin. Terpaksa kait pakai tripod sebab ada lapisan ais nipis di pantai, takut kalau pijak nanti, masuk air pula.

Suami ingatkan nak ambil video apak kait topi, tapi angin kuat sangat, sejuk gigil.

Gambar di atas ini menunjukkan pelbagai jenis awan di langit kutub utara ini. Subhanallah.

 

Tu apak lah tu. Suami jalan lambat sikit.

Tengok lah awan atas tu. Itu awan tau. Bukan asap. Dia duduk saja posisi begitu. Memang amazing sangat-sangat.

Macam biasa, gambar bersama anak-anak memang payah sikit nak ambil. Jadi kami ambil gambar berdua saja.

Hannah tidur dalam van. Muhammad Maryam main di bukit-bukit salji. Baby Hajar sedang tidur dalam ErgoBaby, ada lah nampak kepala sikit tu.

 

Masya-Allah. Subhanallah!

Muhammad dan Maryam minta pergi dekat dengan pantai. Tak payah lah anak-anak. Duduk sini saja.

Jalan ke sana penuh salji, orang dewasa pun tenggelam kaki sampai paras lutut.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares