Hidup Kita Atas Pilihan Sendiri
“Dia orang susah rupanya..”
Ter-terbit dari mulut saya dan suami bila melihat poster Puan Ainon ni.
Saya membesar di atas tanah gambut,
mendapat kasut pertama pada umur 10 tahun. (rata-rata kita masa baby lagi dah dapat kasut,kan)
Di sekolah, saya pelajar corot hingga guru memberitahu,”Kamu tiada masa depan!” (astaghfirullahal’azim :'( )
Siapa Puan Ainon?
Buat sesiapa yang tak kenal, siapa makcik dalam gambar tu yang pakaian tak mengelip macam mak datin pun, dia adalah tokey besar syarikat PTS
PTS tu apa?
Kalau korang masuk kedai buku Popular ke, MPH ke,dan ternampak buku berbahasa melayu, pasti itu adalah keluaran PTS.
PTS adalah syarikat buku yang keluarkan pelbagai niche buku berbahasa melayu
Boleh kata 90% buku melayu di pasaran adalah terbitan PTS!
Boleh bayangkan tak betapa besarnya PTS nih.
Kalau ada pesta buku tu, booth PTS paling besar. Dulu sampai ingat, asal ada pesta buku, entah-entah PTS kot yang organize.
Hidup atas pilihan
Puan Ainon bermula sebagai orang susah. Bukan takat susah, tapi cikgu dia sendiri cakap dia takde masa depan..
Tapi adakah dia memilih untuk berserah kepada takdir?
Adakah dia mengiyakan kata-kata cikgu dia, ye lah dah cikgu cakap gitu?
Sama sekali tidak!
Dia memilih untuk menjadi orang berjaya!
Kaya untuk beri nilai kepada masyarakat
Sekarang, bukan takat syarikat PTS je dia buka
Dia banyak organize sedekah ke negara-negara miskin.
Puan Ainon juga sekarang sedang aktif melebarkan sayap bisnes ABS untuk venture pelbagai jenis perniagaan lain, tapi bukan dia yang haandle, dia groom orang yang berminat untuk jadi usahawan, untuk lead the project.
Kan best bila kita boleh bantu mengubah taraf hidup orang lain.
Kaya bukan semata nak bermewah, tapi kaya untuk membantu orang lain turut kaya.
Moto Puan Ainon : Memandaikan bangsa.
Bukak syarikat buku yang berasaskan bahan bacaan bahasa melayu, supaya anak Malaysia rajin nak baca buku, dan pandai berfikir.
Buku-buku mat salleh pun banyak diterjemahkan oleh PTS ni, termasuk buku siri Chicken Soup, buku-buku tulisan hartawan seperti Robert Kiyosaki, Donald Trump, John Maxwell
Jika anda rasa hidup anda cukup susah, anda tidak keseorangan.
Bertabahlah.
Bertabah bukan bermaksud berserah je, dah hidup aku tak boleh nak jadi jutawan. Itu salah konsep.
Bertabah erti kata, cari peluang macam mana nak ubah taraf kehidupan (of course lah bukan ikut skim cepat kaya tu), dan konsisten dalam usaha
Kentalkan hati dan dekatkan diri dengan Allah, anda pasti akan sampai ke puncak kejayaan.
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755
semua orang ada peluang utk.berjaya..thanks deeja for.sharing