Muhasabah

Hidup Untuk Mati

Hari ni ada kematian seorang jiran yang sangat baik hati. Beliau meninggal dunia disebabkan kanser. Berbulan juga bertarung, dan akhirnya menghembuskan nafas pagi tadi di Hospital Kuantan.

Muhasabah diri saya dan kita semua.

Hidup untuk mati

Semua manusia tahu, kita semua pasti akan mati. Bila, di mana dan bagaimana, itu kita tak pasti.

image
Gambar gugel

Ada orang sakit bertahun kat hospital, masih bernafas. Tapi ada orang tak sakit apa-apa, tiba-tiba accident atau ada je kes tidur dalam mati.

Maut takkan menunggu lebih sesaat atau kurang sesaat.

Persoalan di sini, adakah kita dah well prepared untuk mati?

Tadi masa tengok jenazah dikafankan, selesai ahli keluarga mencium dan menatap wajah arwah, tukang kafan mula menutup muka arwah.

Terpana sekejap saya.

Andai saya di tempat arwah, apa perasaan saya.

Saya akan di usung ke kubur, tempat saya bersendirian hanya dengan Tuhan.

Yang akan melindungi saya dari binatang berbisa dan azab kubur, hanya lah 3 perkara – amal soleh, anak soleh yang mendoakan saya dan ilmu yang diamalkan yang tidak putus.

Saya hanya ada Allah masa tu. Bubuh lah berapa pun lapis besi atau kayu dalam keranda sekalipun, kalau saya tak cukup bekalan, semua tu tak lut..

Tujuan Hidup

Baru-baru ni saya ada beli sebuah lagi buku dari Nick Vujicic bertajuk Limitless.

image

Insya-Allah saya akan huraikan secara ringkas dalam entry akan datang.

Tapi yang buat saya kagum adalah bagaimana dia melihat Allah (of course dia sebut God atau Lord)  dalam setiap urusan hidup dia.

Tujuan dia hidup adalah untuk berbakti kepada Allah. Cara dia adalah dengan beritahu semua manusia bahawa Allah itu ada, dan bagaimana kita nak develop keyakinan kepada Allah.

Setiap hari dia akan perbaiki diri dia supaya dia boleh berbakti kepada Allah dengan lebih baik.

Dia sedar Allah menggunakan diri dia untuk tujuan yang besar. Dia hidup untuk mati.

Apa maksudnya?

Dia hidup dengan mengetahui yang dia akan mati pada bila-bila masa untuk bersama dengan Allah di dalam syurga.

Orang yang hidup untuk mati, hidup dia penuh makna, bukan takat lepak je tunggu orang bagi duit.

Sebab bila tahu bila-bila masa kita akan mati, kita akan struggle untuk do the best in everything we do.

Ye lah, kita pun dah beranak – pinak, kalau kita takde nanti, anak kita macam mana?

Setiap orang mempunyai tugas yang sama – khalifah Allah yang memakmurkan dunia melaksanakan perintah Allah.

Setiap orang bertugas untuk tugas berbeza, objektif tetap sama.

Contoh makcik sapu sampah, tugas dia sapu sampah. Jadi dia akan sapu sampah dengan cara yang terbaik yang dia boleh buat setiap hari.

Dia buat untuk please Allah. Bukan please bos dia atau orang lalu-lalang.

Bila kita buat untuk please Allah, pasti Insya Allah, makhluk Allah yang lain pun akan suka kepada kita.

Jom muhasabah diri

Adakah hari ini kita dah buat kerja kita dengan sehabis baik?

Dan adakah kita buat semata-mata untuk please bos kita, atau upline kita, atau colleague kita, atau memang kita buat hanya untuk Allah?

Mari perbaiki niat dan kualiti kerja kita.

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *