Cabaran 30 hari

How To Stop Worrying| Hari #7: Cabaran 30-Hari Entry

Sorry sorry terlewat post. Huk3. Ok hari ni tajuk untuk cabaran 30- hari Entry adalah “Buku Yang Saya Suka”.

Ada proverb mat salleh cakap, we are what we read. Yes, kalau nak dapatkan positive vibes, banyakkan membaca bahan- bahan yang positif dan ilmiah. Saya sekarang dah mula elak baca negative FB status atau kalau orang share berita yang memualkan, sorry saya malas nak baca.

Apa yang kita baca, itu lah yang akan membentuk siapa kita. Jenis yang positif ke? Jenis yang kuat semangat ke? Jenis yang cepat down?

Banyak buku yang saya suka. Tapi hari ni saya nak share buku dari Dale Carnegie yang bertajuk “How to stop worrying and start living.”

my favorite book

Tajuk pun dah tahu untuk orang yang tak habis- habis risau tentang urusan seharian. Siapa peminat Dale Carnegie mesti tahu gaya penulisan dia. Sangat santai, perkongsian cerita- cerita yang memotivasi dan tidak terlalu technical.

Buku ni menarik sangat. Beberapa cerita membuat kita berfikir, kita rasa kita dah hidup susah sangat. Tapi sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah berkali ganda dari kita.

Ada satu cerita bercerita, ada sorang ni, dia resign dari kerja lama sebab nak buat kerja lain. Kerja lain tu adalah bekerja dengan sebuah syarikat jual buku perundangan. Asalnya dia yakin dia akan berjaya sebab dia memang mahir bab bercakap untuk meyakinkan orang.

Tapi cabaran subhanallah masya- Allah. Setiap kali dia nak jual buku, dia akan di reject. Berkali -kali dia cuba, tapi setiap kali jumpa company law, dia akan ditolak menatah- mentah!

Simpanan makin habis. Anak dan isteri perlu ditanggung. Satu hari, dia pergi outstation untuk pergi menjual ke sebuah syarikat. Dan seperti biasa, dia di reject lagi.

Dia balik hotel dalam keadaan yang sangat kecewa. Majikan nya dah bagi warning, kalau tak berjaya lagi jual, dia akan dipecat. Duit dah habis. Jualan tiada. Keluarga menanti gaji. Dia rasa macam di hujung tanduk. Masa tu seolah- olah dia faham kenapa ada orang bunuh diri kat hotel di tengah malam. Sebab buntu sungguh nak cari jalan.

Dan waktu itu lah dia ternampak kitab di hotel. Oh of  course dia bukan muslim kan.

Selepas saja dia baca kitab, which saya lupa apa exact quote, dia rasa tenang setenang- tenang nya. Walaupun belum ada jualan, duit nak makan pun takda, dia tetap tenang.

Esoknya, dia pergi lagi ke company lain dan menjual, kali ini dengan penuh keyakinan, dah tak depressed. Dia tak kisah dapat jual ke tidak, janji, dia akan buat sehabis baik.

Dan alhamdulillah! Closed deal!! :’)

Kisah yang menceritakan, bila mana kita rasa dunia dah nak berakhir, kembali lah kepada Allah. Dia ada penyelesaian untuk setiap masalah kita. 

Ada banyak lagi cerita menarik. Tu kena baca sendiri lah kan. Tulisan Dale Carnegie memang best 😀

Mari positif kan diri kita, dunia kita dan orang sekeliling kita. Moga dunia kita akan jadi lebih indah dan bermakna

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *