Cabaran 30 hari

Impian Yang Sedang Saya Usahakan | Hari #9 : Cabaran 30 Hari Entry

Semua orang ada impian. Impian ni kata simple nya adalah mimpi. Mimpi itu percuma.

Ramai orang suka bermimpi, tapi boleh kira berapa ramai yang sanggup merealisasikan mimpi mereka.

Mimpi atau impian saya ada banyak. Tapi hari ini saya nak kongsikan satu impian yang short term dan sedang di usahakan. Apa itu?

Impian saya nak naik rank Masters Shaklee dengan 20 points by March 2014.

Erk, 20 points adalah banyak!

berani bermimpi

Kenapa 20 points? 

Selain dari sebab income yang masyuk, saya juga suka nak cabar diri sendiri dan cabar sejauh mana saya yakin dengan ayat Quran “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenan kan kepada Mu.”

Buat bisnes Shaklee memang senang secara zahirnya.

Ye lah, tak perlu keluar modal untuk beli stok. Maksudnya bila ada orang order dari kita, kita terus order dari Shaklee secara online dan minta Shaklee poskan direct.

Dan juga senang sebab semuanya dari rumah, tak perlu keluar meeting malam tinggal anak. Cukup ada handphone atau laptop bersama internet, bisnes dah boleh jalan. Kadang tak yah internet pun, masih boleh jalan 😉

WAHM

Tapi apa yang buat bisnes Shaklee ni susah?

Ia adalah part mendidik hati.

Didik hati ni, bukan semudah kita cakap, “doa lah, solat hajat lah, zikir lah.” Its beyond that. Mendidik hati untuk sentiasa bersikap positif, bersangka baik dengan Allah.

Didik hati sampai meresap dalam hati kita, yang tiada yang lebih mampu dan yang lebih hebat, melainkan hanya Allah.

Didik hati untuk menerima penolakan (rejection) dan kekecewaan (frustration)

Didik hati untuk bergantung sepenuh- penuhnya kepada Allah, bahkan bukan diri kita sendiri, apatah lagi dengan manusia lain.

FAITH

Didik hati untuk menjadikan cabaran dalam hidup ini sebagai peluang atau batu loncatan.

Kata lainnya, berhenti beralasan. Anak ramai lah, kerja fulltime balik malam lah, maid tak de lah- semua ni bukan alasan! Tapi jadikan ianya cabaran untuk membuktikan pada diri sendiri yang Allah lebih besar dari cabaran- cabaran sedia ada

Itu lah bisnes Shaklee bersama saya.

Ia bukan sekadar untuk jana pendapatan dari rumah. Tapi lebih dari itu.

Ia bukan tentang nak kenyangkan keluarga sendiri saja, tapi juga mengambil kira kebajikan masyarakat yang makin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Jadi impian saya, Masters Shaklee with 20 points pada March 2014, will it come true? Saya hanya mampu berusaha sehabis upaya, berdoa dan mendidik hati. Selebihnya, biar Allah tentukan…

Apa impian yang sedang anda usahakan? Jom kongsi 😀

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *