info banjir
Banjir Pantai Timur

Sekilas Ulasan Banjir Di Pantai Timur

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengulas, sebab saya tiada keluarga di kawasan yang diuji, tapi ada lah beberapa kenalan yang di uji.

Tapi saya suka nak kongsikan beberapa kenalan saya yang boleh dipercayai, dan memang beri sumbangan.

Tahun ini menyaksikan banjir yang sangat menguji… Dan juga anjakan dari segi sumbangan.

info banjir
Tinggal Bumbung :'(
Credit Pic Dari Page Info Banjir Kelantan

Sewa Helikopter, Bot dan 4 WD

Tahun lepas majoriti fokus pada menyumbang baju terpakai, selimut, makanan, pampers.

Tapi tahun ini, dimulakan dengan Puan Farah Wahida, ya, saya mengenali beliau, beliau telah memulakan usaha mencari sumbangan untuk menyewa helikopter.

Info Banjir
Credit Pic Facebook Farah Wahida

Walaupun dikecam hebat oleh ramai keyboard warrior, Alhamdulillah jumlah kutipan melebihi 100k.

Currently Farah sedang giat mencari individe yang memiliki 4WD dan bot untuk disewa.

Pentingnya kenderaan-kenderaan ini sebab ianya membantu untuk menyampaikan sumbangan ke tempat-tempat yang tak boleh dimasuki dengan cara memandu kereta biasa atau berjalan kaki – sebab air sangat deras dan laju dan dalam.

Air deras ni sampai tahap, kalau campak makanan dari helikopter sekalipun, mangsa tak dapat makanan sebab arus terus hanyut dan larikan makanan tu.

Ada beberapa video yang membuatkan hati sedih dan hiba, tapi saya tak nak kongsi.

Susah nak gambarkan perasaan mangsa banjir..

Saya yang tak terlibat pun rasa, tak tahu nak kata..

Ramai korban mangsa banjir kali ini sebab ia nya banjir teruk yang tak disangka.

Tak Perlu Buat

Ada beberapa benda yang kita mungkin terlupa, tapi disarankan untuk elak dari buat, sebab ia mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa banjir dan menyeksa perasaan mangsa banjir.

  1. Jangan sebar berita yang tak tentu hujung pangkal, melainkan ia adalah dari sumber yang anda percaya, especially bila kita minta sumbangan, ramai pulak jadi tukang fitnah.
  2. Jangan sebar video atau puisi menyayat hati, sedih ok… Kalau keluarga mangsa tengok.., entah saya tak dapat gambar perasaan mereka :'( :'( :'(
  3. Jangan sebar cerita mencuakkan yang kita memang tak tahu asal usul, melainkan dari sumber yang anda percayai, tak semestinya dari media sebab biasanya media lambat sikit coverage nye.

Apa yang perlu kita buat, banyakkan solat hajat, banyakkan istighfar, kita doakan ahli keluarga yang terputus hubungan dapat tahu letak duduk ahli keluarga mereka.

Kita doakan, ibu yang kehilangan anak semasa banjir bertemu dengan buah hati mereka, walau apa keadaan sekalipun..

Lebih baik jumpa berbanding hilang terus tanpa tahu di mana.., betul kan?

Ada banyak cerita sedih menyayat hati…, tapi.., kita doakan lah mereka.

Yang menemui ajal dalam musibah ini, kita doakan mereka dalam kalangan orang-orang soleh dan sedang bergembira di taman-taman syurga.

Hubungi Mereka Untuk Hulur Bantuan

Ok lah, saya sebenarnya nak kongsi info-info ni:

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang banjir di Pantai Timur, saya suka cadangkan anda follow Page-page berikut.

  1. Info Banjir Terengganu
  2. Info Banjir Kelantan
  3. Nik Abdul Aziz Nik Mat
  4. Dato Haji Husam Musa

Untuk serahkan sumbangan untuk mangsa yang sedang diuji dengan banjir, dan ada kawasan yang dah surut tapi hilang segala-galanya termasuk rumah (air sangat deras ya, hingga menghanyutkan banyak rumah), anda boleh hubungi beberapa Facebook rakan saya yang berikut.

  1. Farah Wahida
  2. Hafsah Mardhiah

Mereka boleh dipercayai sebab saya memang kenal mereka.

Ramai lagi, tapi korang follow diorang, nanti nampak ada tag dari kengkawan lain sekali.

Boleh jadi kita senang dan tak langsung rasa apa-apa saat ini walaupun saudara senegara kita diuji, tapi sumbanglah seringgit dua, ia boleh mengembalikan senyuman ramai orang 🙂

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *