Muhasabah

Istikharah Untuk Urusan Harian

Bila sebut solat istikharah, mesti ramai terus terfikir tentang urusan jodoh. Sebenarnya istikharah melangkaui soal pilih jodoh. Istikharah bererti kita minta panduan dan petunjuk dari Allah untuk pimpin kita buat keputusan dalam hidup, dari sekecil- kecil perkara hingga ke sebesar- besar perkara.

 
Sebagai manusia, kita tak dapat nak predict apa akan jadi in sequence of tindakan kita. Logik akal boleh cakap, kalau kita buat A, maka B akan terhasil. Tapi kadang- kadang bila kita buat A, B tak terhasil, bahkan tiba- tiba jadi benda yang kita tak nak pun.
Jadi kat sini lah pentingnya istikharah.
Kita nak result B. Ok. So kita buat solat istikharah mohon Allah tolong pimpin kita dan pandu kita, apa cara terbaik untuk dapatkan result B.
Dalam hidup ni ada banyak pilihan.
choices-
Contoh nak pergi kerja, ada 3 jalan yang kita boleh pilih. Samada jalan highway, jalan dalam, jalan alternatif lagi satu. Apa jaminan kita bila kita ikut jalan dalam, maka perjalanan akan jadi lebih lancar? Kita tak boleh nak jamin, kalau semalam lancar, tapi siapa tahu tiba-tiba hari ni ada accident kat jalan tu, dan jalan tu boleh jadi jem teruk?
Tapi kalau kita minta bantuan dari Allah untuk tolong kita decide, maka Dia sangat lebih tahu which is the best.
Bila kita beristikharah, kita serahkan urusan membuat keputusan kepada Allah. Dan bila ada apa- apa ujian berlaku, lebih mudah untuk kita redha dan bersikap positif. Sebab kita tahu, yang tolong tunjukkan jalan ni, adalah Allah, dan bukan diri kita sendiri. Allah cintakan kita, lebih dari kita sayangkan anak kita. Jadi pasti kita akan yakin, Allah akan pimpin kita jalan yang terbaik untuk kita.
Istikharah ni boleh dibuat pada bila- bila masa. Tak specific. Ianya hanya solat sunat dua rakaat dan diikuti dengan doa istikharah.
Part doa yang dianjurkan ni, paling saya suka sebab kita mengakui Allah yang paling hebat dan paling tahu semua perkara. Kalau nak modify, ikut suka lah kan. Sebab doa ni adalah dialog antara kita dengan Allah. Tiada rahsia antara kita dan Dia. Mengadu lah sepuas hati.
Doa istikharah yang famous:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu, dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. 
 
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi. 
*saya guna ayat sendiri kat sini, contoh untuk rakan- rakan pembaca Diary of Muhammad
Ya Allah, bantu lah pimpin lah aku untuk buat pilihan terbaik untuk (urusan yang nak buat hari ni, contoh nak pam susu kat surau ke, atau kat workstation..) , cara terbaik untuk (target kita hari ini, contoh, nak dapatkan 20 oz stok EBM..) Jangan lah Engkau biarkan nasib diriku di tentukan oleh diriku sendiri atau oleh hamba- hamba Mu yang lain, walau dalam kadar sekelip mata, atau kadar yang lebih pendek dari itu.
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Mengetahui segala sesuatu, setiap di bumi dan di langit, semuanya di bawah kekuasaan dan perintah Mu.. Pimpin lah aku ke jalan yang baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku
*ayat asal
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.
 
Mari lazimkan diri beristikharah. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun ok. Atau sebulan sekali pun ok 🙂 After all, dalam dunia yang penuh fitnah dan jenayah menakutkan, hidup kita selamanya perlukan perlidungan dan pimpinan dari Allah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *