Travel Tips

Jalan-jalan Kota Kinabalu – Opposite Pasar Filipina

Oleh kerana kami pernah ke Pasar Filipina pada kali pertama ke Kota Kinabalu, kali ini, dah tak nak pergi lagi.

Hazwan Arina ada suarakan teringin nak tengok pasar yang famous tu.

Jadi suami saya cadang bawa ke pasar yang opposite dari Pasar Filipina.

Pasar yang opposite ni terletak memang opposite sungguh lah dari Pasar Filipina.

image
Persimpangan jalan, sebelah tu Le Meridian Hotel. Yang belakang tu lah pasar opposite

Bertentangan jalan, jadi kena melintas jalan.

Ianya betul-betul bersebelahan Hotel Le Meridian Kota Kinabalu.

image
Oh, nama dia rupanya Pasar Gumantong

Barang di pasar opposite ini lebih murah, tapi rupa barang adalah lebih kurang dengan Pasar Filipina.

Contohnya ada gelang di Pasar Filipina berharga RM 30.

Di pasar opposite tu boleh dapat RM 10 tanpa tawar-menawar.

Biasa kat pasar, ada benda macam kat pasar malam lah.

Di Kota Kinabalu, kami lebih suka tengok perhiasan mutiara.

image
Gelang mutiara Pandora. Sila pilih
image
Pelbagai pilihan kerongsang. Tapi cepat jatuh bijinya. Kalau kerongsang mngerlip gini, saya suka yang beli lambak di Myongdong, Korea. Jatuh berkali-kali atas lantai pun, batu-batu nya masih utuh. Jadi, di Kota Kinabalu, memang ai tak beli kerongsang ni. Sementara nak pi Korea, pakai Mydin punya je
image
Pasangan Kerongsang

Kalau tahun lepas ada sekali tasbih mutiara cantik-cantik.

Tahun ini saya kurang berkenan sikit mungkin sebab majoriti gelang berkonsepkan Pandora.

Tasbih pun tak nampak.

Saya kurang minat sikit Pandora walaupun dah cuba kat tangan.

Huhu.

Sudahnya, beli kan untuk Maryam je.

Maryam sesuai pakai Pandora style sebab kurang kemungkinan gelang untuk tetas sebab rangka dia dah keras, kan.

Kalau gelang biasa, memang Maryam suka nak tarik-tarik.

Kalau anda mencari souvenier untuk sedara, tempat ini salah satu tempat yang sesuai.

Jangan lupa singgah ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *