percutian ke kota kinabalu i
Travel Tips

Jalan-Jalan Kota Kinabalu – Persiapan

Saya tak pernah menjejak kaki ke Kota Kinabalu, Sabah.

Labuan tu pernah lah, itu pun masa kerja.

Tiba-tiba satu hari ni suami ajak jenjalan Kota Kinabalu sambil dia bercadang nak buat kelas

Ai is ok 😉

Lebih – lebih lagi masa tu ada promosi dari pihak MAS, so kita on saja 😀

Tiket MAS promo

Kami book tiket tu beberapa bulan sebelum hari kejadian. So lupa dah harga, tapi of course bukan harga biasa.

Saya prefer MAS sebab suka dengan ramah-tamahnya steward dan stewardess diorang.

Setakat ni pernah merasa AirAsia, Malindo dan MAS.

International flight tak sure pernah merasa ke masa kecik dulu.

Tapi bagi saya, biar lah flight tak berapa high end, kalau cabin crew friendly dan baik hati, insya-Allah kita akan rasa sangat selesa.

Carian Bilik Hotel di Kota Kinabalu

Beberapa minggu sebelum berlepas, baru ler terkial-kial nak buat itinerari.

Antara benda yang saya sangat particular adalah mengenai bilik hotel – keluasan bilik dan lokasi.

Bilik hotel mesti luas sebab Muhammad dan Maryam suka berlari-lari.

Saya pulak jenis introvert sebab tak suka keluar bilik unless ada hubby sekali, itu pun susah benar lah nak keluar.

Dan bilik hotel mesti ada tingkap supaya tak lah rasa macam berkuap je.

Kalau anda bukan macam saya, maybe bilik kecil memadai.

Tapi sebab saya akan sepanjang hari duduk dalam bilik untuk 2 hari masa suami saya ada kelas, so bagi saya, keselesaan bilik sangat penting.

Saya survey kat Agoda je sambil tanya pendapat kat Group WhatsApp Shaklee saya- Group Creams.

itinerari ke kota kinabalu

Diorang cadang Promenade sebab banyak shopping complex dan tempat makan situ.

Ofkos ai pilih yang bajet tapi ok.

Alhamdulillah berjumpa dengan Promenade Service Apartment.

Dalam Agoda cakap luas siap ada dapur.

percutian di kota kinabalu
Promenade Service Apartment – Dalam Agoda, gambar macam siap ada dapur

Saya lupa saya book Double atau Single, asalkan yang paling ada promo dan siap ada insider deal.

Total untuk 4 malam dapat RM 512 termasuk tax.

Ok lah kan untuk apartment luas siap dapur 😀

Book Penginapan di Kundasang

Next, saya book sekali hotel di Kundasang sebab lepas habis kelas Ahad, teringin gak nak jenjalan kat Dairy Farm yang orang kata macam New Zealand dan sejuk tu kan.

bercuti di kota kinabalu
Macam kat oversea kan? Gambar ihsan Google

Hotel kat sini saya pilih asalkan selesa untuk anak-anak, means, bilik air mesti duduk dalam bilik.

Ada banyak tau hotel yang bilik air kat luar bilik.

Sebenarnya better cari few months before supaya dapat the best hotel, ada saya baca hotel paling dekat dengan Gunung Kinabalu dan selesa, but then hotel tu penuh.

So saya book Celyn Resort.

percutian kota kinabalu
Sebenarnya nak tengok gunung kinabalu pukul 6 pagi, tapi bilik view gunung penuh pulak. Takpe, kang kita keluar bilik 😉 Ni gambar dari Agoda

Saya book penginapan adalah berdasarkan review kat Agoda je.

Dan sambil doa, Ya Allah, takut ni, takut review orang bagus, hakikatnya tak lah berapa.

So sangat harapkan Allah tolong guide kan.

Kot kalau hotel tu tak ok, minta tolong Allah putuskan line tenet ke masa nak bayar.

Tapi kalau anda takde anak, boleh je nak jalan Kundasang pagi dan balik sebelum 6 petang, dah jimat kos penginapan kat situ.

Harga untuk satu malam book via Agoda dalam RM 187.

Book dan Boleh Cancel

Agoda ni boleh bayar credit card – kita boleh book dan boleh cancel kalau tak jadi nak menginap situ, in 3 days before tarikh yang kita pilih.

Tak payah bayar apa-apa.

But oleh kerana kami dah potong credit card, maka ai bayar terus guna debit card.

Kereta Sewa

Yang part ni hubby sewa dengan kenalan kepada kawan.

Kira sebelum ni kawan hubby dah pernah pi Kota Kinabalu dan guna khidmat kereta sewa orang ni.

Nanti saya kongsikan kat entry ni ya nombor orang tu.

Untuk kitorang yang touch down tengah malam 11hb – kira dah masuk 12hb Dec, dan akan pulangkan kereta pada 16hb jam 5-6 petang, total sewa adalah RM 480.

Kami sewa proton saga, dan penting kereta manual ni sebab nanti nak pergi Kundasang kena daki bukit yang sangat mencabar.

Kalau kereta auto, mungkin susah nak lepas.

Ini info lepas baca review-review orang lain 😉

Perancangan Aktiviti

Next is, aktiviti di Kota Kinabalu.

Hmm, Google lah, apa lagi.

Antara aktiviti yang menarik hati adalah di Kundasang yang perjalanan nya 2-3 jam dari Kota Kinabalu.

Tapi oleh kerana jauh sangat, Kundasang kita lawat lepas hari Ahad, iaitu lepas hubby habis kelas.

Aktiviti di Kundasang yang saya teringin sangat adalah tengok orang perah lembu pada pukul 3 pm, hehehe, kena take note masa ni.

Nak merasa ikan kelah gigit kaki kat Sg Tagal, hot spring kat Poring kalau sempat dan larat, dan saja jenjalan ambil angin 🙂

Aktiviti di bandar Kota Kinabalu pulak, kita boleh TripAdvisor je.

percutian ke kota kinabalu
Ada beberapa cadangan dan review orang tentang tempat menarik di Kota Kinabalu

Tapi yang paling menarik takat baca Google – adalah melawat 3 pulau utama – Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Memutik.

Tapi rasanya kitorang pergi satu pulau je kot, nak hayati keindahan pulau 😉

Yang banyak dikatakan menarik adalah Pulau Manukan.

Aktiviti dengan anak-anak nanti ofkos mandi pantai sambil main pasir.

Selain dari tu, Kota Kinabalu dikatakan ada banyak pasar termasuk Pasar Filipina.

Masa kat Labuan, berlambak sangat orang jual mutiara dan rantai, gelang dari mutiara cantik-cantik.

Hubby cakap kat Kota Kinabalu lagi banyak.

Takpe, kang kita explore.

Actually aktiviti di Kota Kinabalu saya tak banyak beri perhatian. Huhu.

Cukup berjalan nak hayati negeri orang, nak tengok persekitaran yang lain dari persekitaran di Semenanjung.

Bila kita take a break ni, banyak ilham baru akan datang, kan 😀

Ok lah, takat ni saja saya kongsikan preparation saya dan keluarga ke Kota Kinabalu.

Insya-Allah nanti saya cerita pengalaman kami di sana ya 🙂

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

3 Comments

  1. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM
    RM305/Pax Minimum 10 pax

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.

  2. Assalamu’alaikum……. bestnya berjalan bersama family, ada kelapangan dilain masa boleh gunakan khidmat sykt kami utk uruskn percutian anda sekeluarga ke kota kinabalu, sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *