Travel Tips

Jalan-jalan Kota Kinabalu – Pulau Manukan & Pulau Sapi Part 1

Pulau-pulau di Kota Kinabalu memang sangat cantik sebab air nya sangat crystal clear.

Kat pantai lagi dah nampak hingga ke dasar.

Subhanallah!

Ikan-ikan pulak pelbagai jenis warna berenang dengan bahagia walaupun tepi pantai.

Ada 3 pulau yang famous kat sini – Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya.

Yang paling besar adalah Pulau Manukan.

Tahun lepas, kami memang pergi Pulau Manukan je sebab kat situ saja dah cukup meletihkan.

Haha.

Cara ke Pulau :

1) Park kereta ke Jesselton Point. Boleh waze

Jesselton Point ni macam pelabuhan boat-boat untuk ke pulau-pulau.

image
Ini main gate. Tapi kami masuk dari pintu tepi

2) Kami masuk dari pintu tepi, bukan main gate.

Jadi, akan ada orang terus approach untuk naik boat.

Amek je.

3) Charter Boat

Biasanya bila kita dah book tempat dalam boat, kita kena ikut masa boat kita tu, driver kasi duduk situ sampai pukul berapa.

Kalau dah sampai masa, kena tunggu kat jeti untuk balik atau ke pulau seterusnya.

Kalau tidak, ada kemungkinan kita akan stranded kat pulau tu.

Jadinya, suami saya ambil keputusan untuk ambil sebuah boat untuk kami saja. Kalau ramai orang, driver boat boleh consider.

image
Tunggu boat. Pakai baju tidur je
image
Charter boat pakcik ni

Kami ke pulau, lepas tu beritahu dalam pukul berapa nak balik.

Jadi, driver boat akan hantar, nanti nak dekat waktu kami nak balik, dia datang lah pulau ambil kami.

Harga charter boat untuk ke 2 pulau – RM 250.

Kami 4 dewasa 2 kanak-kanak 2 baby.

Kebetulan pulak hari kami pergi adalah cuti krismas, memang raaaaaaamai sangat orang kat jeti walaupun baru pukul 8+ pagi.

Saya sambung tentang aktiviti di pulau next entry ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *