Business

Jika Anda Orang Bisnes, Tolong Jangan Hentikan Servis Anda

Suami saya buat kelas ajar orang cara beriklan menggunakan platform Facebook.

Once in a while berkongsi tentang cara pemasaran menggunakan blog.

Tapi industri ini amat mencabar.

Ianya meletihkan, kalau anak murid tak buat, kita yang sedih. Haha.

Padahal kalau anak murid tu jadi kaya sekalipun, bukannya dia bagi satu sen pun kat cikgu. Komisen satu habuk pun takda.

Tapi memang agaknya lumrah cikgu, bukan harta sebagai balasan yang dipinta, cuma teringin nak tengok anak murid berjaya.

Memang saya akui ada masanya saya request suami untuk stop aje lah buat kelas. Haha.

Berusaha explain apa tu :P
Berusaha explain apa tu šŸ˜›

Suami pun cakap macam dah nak bersara lah, letih. Ceh, baru setahun kot. Kekeke.

Tapi, pengalaman menjelang raya adalah sangat membuka mata dan membuatkan kami berubah hati.

Doktor Raya

Tiba-tiba lah pulak nak menjelang raya, anak-anak syurga kami di uji dengan kesihatan.

Kami adalah sangat serasi dengan sesetengah doktor je, dan ditakdirkan doktor yang kami serasi tu adalah doktor homeopati.

Tapi bukan semua homeopati adalah serasi.

Oh my!

Doktor kami pulak sedang umrah, dan klinik dia tiada doktor lain.

Kami pergi ke klinik yang biasa, dengan harapan anak-anak makin sihat,Ā tapi kesihatan sama aje.

Groom Others

Masa ni, saya cakap kat suami, kan bagus kalau doktor kita tu ada doktor pelapis, boleh ganti kepakaran dia waktu dia takda.

Macam Tuan Asri, pakar saham, kalau dia buat kelas, bukan dia yang ajar, tapi anak didikĀ dia yang mengajar.

Sifu saham - Tuan Asri
Sifu saham – Tuan Asri

Orang yang dia dah groom yang mengajar.

Jadi kalau dia takde pun takpe.

Dia nak pergi umrah pun, kelas dia masih berjalan di dewan seminar, masih berbakti kepada orang lain yang memerlukan pelajaran saham bidang dia.

Jadi, saya cakap kat suami, tak payah lah bersara dari dunia training dan kelas. Kesian kat orang-orang yang memerlukan ilmu Ā dan pengalaman kami.

Usah bersikap selfish dengan bersara awal. Kita cari talent baru untuk di groom.

A lot of people still need us!

Opkos ai pun tokleh bersara dari Seklee šŸ˜›

Video ‘Saya Zahra’

Saya tak pasti kalau anda ada yang belum pernah tengok video ‘Saya Zahra’

Ianya boleh dilihat dari pelbagai kaca mata.

Tapi saya tak suka nak sentuh benda yang kita tak boleh kawal.

Ada banyak benda yang kita boleh kawal, contoh, nak beli rumah, padahal baru je mula bekerja dan gaji tak memungkinkan kita untuk beli rumah.

Dulu, masa saya mula kerja Petronas, Petronas ok, gaji seharusnya expected masyuk.

Alhamdulillah masyuk berbanding kerjaya lain.

Tapi Gaji Saya Cukup – cukup Makan!

Saya dah buat kira-kira pun dalam kepala, kalau saya beli rumah gini gini, setiap bulan saya kena commit bayar hampir seribu ringgit atau lebih!

Kalau saya nak beli kereta gitu gini, setiap bulan saya kena bayar duit kereta yang bukan ratus aje.

Saya tak dapat nak terima, how on earth saya akan spend the rest of my life sampai usia bersara, tapi untuk bayar hutang sana-sini?

There must be a way out!

Tapi takda siapa bercerita kepada saya tentang apa itu bisnes, pelaburan kewangan, etc.

Atau, sebab saya sendiri bergaul dalam kalangan orang makan gaji, then macam mana lah saya akan tiba-tiba terjumpa dengan orang bisnes, kan?

Cuma sorang je saya pernah jumpa masa kerja, yang masih muda, alah setahun je lagi tua dari saya kalau tak salah, dan dah mula miliki beberapa biji rumah sewa.

Masa tu saya fikir, wow! Macam mana buat tu.

Tapi sampai takat tu aje lah.

Cukai, atau Yuran?

Rentetan dari video ‘Saya Zahra’, saya simpati sangat kepada golongan yang nak tambah pendapatan, tapi tak tahu macam mana nak buat.

Contoh, orang makan gaji nak mula bisnes part time. Bila dengar iklan Facebook Ads, mesti ada banyak keraguan kan, macam mana nak buat?

To some extent, mesti ramai memilih untuk langsung tak buat Facebook Ads, tapi buatlah page.

Jadi di sini lah peranan suami saya untuk educate, dalam hidup ini, kita ada pilihan.

Dua-dua pilihan pun perlukan duit, whether you like it or not.

Pilihan pertama: Cukai ketidak-pandaian

Atas sikap kita nak berjimat sangat, maka kita terpaksa langgar banyak dinding, dan sudahnya bila bisnes tak menjadi, kita pun give up.

Walhal masa yang kita spend untuk buat bisnes tadi, adalah duit. Ia sangat bernilai.

Ada orang terpaksa bayar beratus ringgit, beribu ringgit, malah puluh ribu ringgit pun ada, semata-mata sebab ego dariĀ nak belajar dari orang yang ada pengalaman.

Pilihan kedua: Yuran Kebijaksanaan

Sedikit pelaburan untuk bantu kita kick off business kita. Kita bayar yuran untuk nilai yang kita dapat.

Mentor tunjukkan jalan, suluh jalan, tebas lalang kesusahan untuk kita.

Itu adalah nilai yang perlu kita bayar. Kita tak perlu bazir masa dan tenaga dah. Ikut je.

Berhenti Jadi Selfish!

Kesimpulan dari Video ‘Saya Zahra’, saya cakap kat hubby, kalau bersara, ia umpama kita pentingkan diri sendiri.

Diri sendiri pandai, tapi tak nak ajar orang lain jadi pandai macam kita. Kan ke selfish namanya tu.

Yang tak nak ikut dan buat, kita tak perlu layan, tinggalkan aje. Tapi pasti sangat ramai yang nak ikut dan buat.

Kami imbas kembali masa kami mula dalam dunia perniagaan.

Kalau lah cikgu FB Ads takde, cikgu Blog kami takde, tak mungkin perniagaan Islamic Books for Kids dan Shaklee kami akan capai apa yang ia pernah capai, ofkos tetap atas izin Allah.

Cikgu-cikgu tu tak selfish, tak kedekut ilmu, diorang buat kelas.

Sudah tentu anak murid perlu bayar sedikit yuran sebagai yuran kebijaksanaan.

Hentikan minda semua benda nak percuma. Kita hanya akan menghargai sesuatu bila kita terpaksa melabur sedikit untuk perkara tersebut.

Jadilah minda orang kaya dan beri sumbangan kepada masyarakat.

Similar Posts

3 Comments

  1. Salam puan khadeejah.Entry dan kupasan yang bagus.Saya suka pula istilah yuran kebijaksanaan tu.Sangatlah tak rugi bayar mana2 yuran kebijaksanaan untuk memandaikan lagi kita.Didoakan dapat memberi manafaat untuk pembaca2 seperti kami

  2. Saya rasa pendapat puan deeja ni paling mantap sekali sepanjang saya baca blog puan. Betapa mulianya pengorbanan cikgu, walaupun berbayar, teruskan memberi dan memberi

  3. Sememangnya manusia selalu ‘menghampakan’ jika terlalu berharap padanya. Boleh jadi masa tu adalah ujian kesabaran utk kita rupanya. Semoga sukses! Terima kasih atas perkongsian yang menyentuh minda saya untuk berfikir tentang dunia penulisan..hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *