Business

Jual Produk Sama Dengan Orang Lain? : Mitos #1

Normal orang yang baru nak masuk dalam bisnes yang dah ramai orang buat, mereka akan cipta sebuah mitos pelik.

Contoh bisnes yang ramai orang dah buat termasuklah:

  1. Bisnes jualan langsung seperti Shaklee, Coway, Herbalife, Premium Beautiful, etc
  2. Bisnes biasa seperti jual tudung, baju, buku, etc

Apa mitos itu?

Sebab si A orang lama, mesti si A senang buat jualan. Aku ni orang baru je, mana lah mampu lawan orang lama.

Ini adalah mitos. Banyak atau tidak jualan dalam sesebuah industri bukan kerana seniority.

Kawan-kawan, saya adalah bukti mitos itu salah sama sekali.

Saya buat bisnes jualan langsung, iaitu bisnes vitamin Shaklee.

Pada masa yang sama, ada beribu lagi orang lain di Malaysia ini yang buat bisnes Shaklee sama macam saya.

Mari saya ceritakan hanya 2 sebab mitos di atas adalah tidak benar.

#1 : Pangkat Saya Lebih Tinggi Berbanding Orang Lama

Saya mula bisnes Shaklee pada hujung tahun 2012.

Ada beberapa kenalan saya dah lama bermula seawal tahun 2010.

Tetapi pangkat saya lebih tinggi dari pangkat beberapa ahli lama tersebut. Ya, bisnes dengan jujur tanpa main potong harga dan pelbagai taktik kotor tetap boleh catat hasil jualan yang tinggi.

Ini membuktikan seniority tidak menjamin kejayaan kita.

#2 : Ada Orang Baru Pangkat Lebih Tinggi Dari Saya

Dan sekali lagi, saya juga contoh kepada yang sedikit tertinggal di belakang. Haha.

Ada orang mula bisnes Shaklee tahun 2013 dan dah laju ke pangkat tertinggi dalam Shaklee.

Sekali lagi, ini juga bukti bahawa orang baru tetap boleh pintas orang lama.

Alhamdulillah ini adalah award-award saya sepanjang buat bisnes Shaklee dari hujung tahun 2012-2015 setakat ini
Alhamdulillah ini adalah award-award saya sepanjang buat bisnes Shaklee dari hujung tahun 2012-2015 setakat ini

Rezeki Adalah Mengikut Usaha Masing-masing

Setiap manusia telah ditentukan berapa banyak rezeki yang dia dapat.

Tetapi ada syaratnya.

Kalau nak rezeki yang dah fix itu, kita kena juga usaha. Kalau tak usaha, tak dapat.

Tak akan ada manusia yang boleh ambil rezeki manusia yang lain. Boleh semak Hadith #40 untuk pengesahan ini.

Rezeki setiap manusia dan makhluk adalah hanya dalam genggaman Allah.

Jadi kalau jualan kita kurang memberangsangkan, ia petunjuk kita perlu muhasabah prestasi diri.

3 perkara penting yang perlu di periksa.

1/ Bagaimana hubungan kita dengan pemilik rezeki

Siapa pemilik rezeki kita?

Dia lah Allah.

Kalau anak kita nak minta duit, tapi dia jenis apa kita suruh semua tak nak buat, kita pun menyampah nak bagi, betul?

Tapi kalau anak kita tu jenis semua kita minta dia buat, siap buat apa yang kita tak minta, tak payah dia minta duit, kita sendiri akan bagi siap terlebih-lebih lagi.

Begitulah analogi hubungan kita dengan Allah.

Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat fardhu agar sentiasa penuh 5 waktu.

Bila dah penuh 5 waktu, jaga agar sentiasa awal waktu pula.

Bila solat fardhu dah tip top, tambahkan dengan amalan sunat seperti zikir & mengaji.

Bukan nak kata orang yang jaga hubungan dengan Allah tak akan di uji.

Ya, tetap akan ada ujian sekali sekala.

Tapi bila hati rasa dekat dengan Allah, secara automatik kita akan rasa tenang, rasa ada safety net.

Apa aku buat, Allah akan support.

Dan juga secara automatik, kita akan berusaha macam tak cukup tanah sebab malu pada Allah jika usaha tak sehabis baik tetapi mahu hasil yang hebat.

2/ Kenali potensi diri

Sebagai seorang leader yang mempunyai beberapa anak buah bisnes dalam Shaklee, saya perasan setiap manusia ada kekuatan yang berbeza.

Bukan orang lain tukang carikan kekuatan kita, tetapi diri kita sendiri yang kena cari apa kekuatan dan kelemahan kita.

cara-bisnes-produk-sama-macam-orang-lain

Sebagai contoh, secara peribadi saya hanya jana jualan melalui blog.

Saya adalah seorang yang pemalu, kalau di luar, memang saya jenis yang sangat berat mulut, sangat segan mahu memulakan perbualan.

Jadi bila ada orang nak minta tunjuk ajar bisnes, saya minta mereka buat blog macam saya.

Ada yang menjadi, ada yang kurang menjadi.

Contoh Anak Buah A

Yang kurang menjadi ini, bila saya kaji, beliau adalah seorang yang sangat peramah di dunia luar.

Tapi kalau nak tulis artikel di blog, seminggu pun belum tentu siap.

Saya ubah pendekatan, saya minta anak buah ini fokus kepada berkongsi kepada kawan-kawan terdekat beliau, dan buat perkara yang beliau selesa sahaja, tetapi dalam kekerapan lebih dari biasa.

Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan.

Jualan beliau meningkat dengan sangat mengagumkan.

Contoh Anak Buah B

Seorang lagi anak buah kelihatan sangat blur.

Memang beliau buat semua benda yang di cadangkan. Tetapi prestasi beliau semakin menurun bermula pertengahan tahun.

Dari hasil soal selidik bersama anak buah B ini, saya dapati beliau perlu go easy.

Maksudnya cari diri sendiri, buat apa yang diri sendiri suka.

Sebagai contoh, beliau suka memasak. Jadi saya cadangkan banyakkan berkongsi tentang resipi untuk meningkatkan keyakinan diri beliau.

Bila diri dah rasa yakin, secara tidak langsung, aura positif akan bertambah, baru lah mudah jualan akan masuk.

Ya, bisnes yang saya perasan banyak perkaitan dengan emosi yang positif dan optimis.

Alhamdulillah jualan kumpulan beliau pada bulan Oktober meningkat.

Bulan November ini pula beliau membuat kejutan mencatat rekod jualan awal bulan yang tinggi.

Contoh Anak Buah C

Anak buah C adalah antara anak buah yang paling berdikari.

Tunggu masa untuk masak, saya yakin beliau pasti jadi lebih hebat dari saya.

Yang ini, saya masih ingat masa beliau baru nak mula bisnes Shaklee, awal-awal lagi dah ada idea sendiri.

Beliau tahu siap-siap apa potensi diri beliau.

Hasilnya, setiap bulan jualan kumpulan beliau sangat memberangsangkan walaupun pada zaman ekonomi gawat.

Cari potensi diri kita.

Adakah kita jenis selesa buat bisnes secara online, atau buat bisnes secara offline.

Elakkan ikut trend atau ikut apa orang kata.

Bila anda buat pilihan anda, anda akan tahu how to survive & how to make it work.

3/ Marketing Yang Konsisten

Ayam KFC sedap, betul?

Tapi ayam goreng yang Mak Cah jiran sebelah rumah buat, lagi sedap.

Persoalannya, kenapa ayam KFC lebih famous dan ada cawangan di serata dunia berbanding ayam goreng Mak Cah?

Ia adalah kerana walaupun ayam KFC biasa-biasa, tapi ia tak pernah berhenti buat bercerita tentang ayamnya.

Kata lainnya adalah KFC tak pernah berhenti buat marketing.

Marketing adalah salah satu nadi bisnes.

2 cara marketing yang paling mudah tanpa perlu keluar duit termasuklah :

#1 : Berkongsi kebaikan produk di medium online seperti blog, Facebook, Instagram, YouTube, etc, atau

#2 : Berkongsi kebaikan produk dengan kawan-kawan, atau jiran-jiran, atau keluarga

cara-bisnes-produk-sama-macam-orang-lain

Kalau kita tak berkongsi kebaikan produk kita, macam mana orang nak tahu yang kita jual produk ini.

Dan ya, hanya semudah berkongsi pengalaman kita & pengalaman kawan-kawan yang dah pun amalkan produk yang kita jual, ia pasti menarik perhatian bakal pelanggan baru, insya-Allah.

Baiklah, cukup panjang dah saya tulis rasanya kali ini.

Bermula Hari Ini

Jika anda mahu cuba-cuba bisnes yang orang lain pun dah buat, hari ini adalah hari terbaik untuk bermula.

Jangan risau pasal orang lain lebih lama, sebab anda ada peluang pintas orang lama.

Ingat 3 perkara penting yang saya kongsikan tadi.

Saya recap :

1/ Hubungan dengan pemilik rezeki
2/ Kenali potensi diri
3/ Marketing yang konsisten

Bisnes Shaklee

Di atas saya gunakan diri saya sebagai contoh, iaitu saya dan bisnes Shaklee.

Bisnes Shaklee ini menarik kerana ia berkonsepkan kita membantu orang untuk menjadi lebih sihat.

Makin ramai orang yang kita bantu dengan vitamin Shaklee, insya-Allah makin bertambah lah income kita.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes vitamin Shaklee dan mahu mulakan bisnes ini bersama saya, boleh Whatsapp 019 477 3457 (PA Hidayah Azizi)

Insya-Allah saya akan guide anda.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

  1. Terima kasih puan atas perkongsian.

    Saya setuju dengan Point 1 – Hubungan dengan Maha Pemberi. Walau sehebat mana pemasaran kita buat, jika tidak ada hubungan dengan-Nya, susah untuk berjaya dan berkat.

    Sebab itu kadang-kadang, Whatsapp banyak, call banyak sampai hampir nak close sales tetapi gagal. Mungkin sebab ada dosa dan silap kita dalam proses menjemput rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *