Jungfraujoch, Switzerland : Tips Bawa Anak-anak Kecil

Sebelum ini jenuh juga saya Google sama ada Jungfraujoch ini kena naik kereta ke, kalau train saja boleh tak.

Lagi satu boleh bawa anak naik ke. Kot lah tak sesuai untuk kanak-kanak.

Subhanallah Subhanallah Subhanallah memang highly recommended Jungfraujoch ni

Untuk ke Jungfraujoch ini tak perlu naik kereta pun. Ambil train untuk ke Lauterbrunnen. Kami memang bermalam di Lauterbrunnen.

Dari station Lauterbrunnen, ambil train lain ke station Kleine Scheideg.

Di Kleine Scheideg nanti ada train khas untuk naik Jungfraujoch.

Train network Lauterbrunnen direct ke Jungfraujoch

Nampak macam banyak train kena ambil, kan?

Tapi excited sangat sebab mata akan di jamu dengan pemandangan yang amazing. Tak putus putus hati berzikir Subhanallah Subhanallah Subhanallah.

Masya-Allah!

Boleh bawa anak ke?

Sangat lah boleh. Bahkan ada beberapa attraction khas untuk kanak-kanak seperti The Ice Palace & lupa dah nama Snow Ice Playground tu.

Muhammad dalam Ice Palace

Tapi pastikan mesti buat ini :

(1) Bekal makan banyak2 sebab duduk atas ni sejuk cepat sangat lapar.

Tapau lah siap-siap roti dan coklat dari kedai runcit Co-op kat luar station Lauterbrunnen.

Di Jungfraujoch ni memang ada jual makanan, tapi harga gunung lah.

(2) Pakaian macam winter.

Walaupun spring masa kita melawat, hendaklah pakai umpama masuk musim winter sebab sejuk kat atas ni.

Tempat cantik tapi kalau diri sendiri tak boleh nak lawan sejuk beku, sia-sia gitu juga duduk dalam bangunan saja << Mujur suami saya paksa juga keluar bangunan. Haha. Nak experience breathtaking stunning view. Allahuakbar!

P.s :

Teringin nak travel tapi tabung travel asyik tak cukup?

Tak sanggup lah nak ikat perut semata-mata menabung untuk travel?

Jom join Hope Travel Fund, saya guide cara buat duit untuk travel.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares