Err..
Muhasabah

Katak Pekak

Eh, katak ada telinga ke? Macam tak nampak je 😛 Kalau ada pun, sape lah ada hati nak pi belek katak >_<

Err..

Ada cerita analogi tentang katak pekak bila nak kaitkan dengan buang aura negatif.

Suatu hari, ada sekumpulan katak terjatuh dalam perigi yang sangat dalam. Cuak lah katak-katak ni kan. Cene nak buat ni. Semua katak pun cuba melompat keluar.

Tapi yang tak bestnya, masa katak-katak dalm perigi cuba nak melompat keluar, kawan-kawan katak yang berada di luar perigi, dok cakap “impossible” lah, “ko tak boleh” lah, “gila ke ko ingat boleh nak keluar, dalam ni”.

Bila katak-katak yang tengah berusaha melompat keluar dengan kawan-kawan diorang cakap gitu, diorang lemah semangat, putus asa, dan terus berhenti mencuba.

Tapi pelik, ada seekor katak ni, dia buat dono. Dan selepas beberapa lama dia cuba lompat, alhamdulillah dia berjaya keluar, dan membuatkan semua katak kagum.

Bila katak-katak lain tanya dia, ko buat cemana? Dia cakap “Ko cakap apa haa? Aku tak dengar”

Wahahaha.

Rupanya selama katak-katak lain dok demotivate kawan-kawan diorang, katak yang berjaya keluar ni tak dengar pun. Bila tak dengar, dia fokus dengan goal dia untuk keluar perigi, dan akhirya, dia berjaya!

Bila orang berkata-kata negatif

Macam tu juga lah kita bila nak berjaya. Jangan expect satu dunia akan sokong kita, then baru kita nak bergerak.

Lebih-lebih lagi kalau kita mengambil keputusan untuk further career dalam dunia perniagaan.

Pasti akan ramai yang menjatuhkan kita atau cakap-cakap buruk pasal kita. Oh saya sendiri pernah experience, memang sakit hati.

Just fikir, diorang orang yang cakap ni, diorang ke yang bayar bil internet kita? Kalau diorang mengutuk kita, kita masuk penjara ke.

Kalau takde benda buruk berlaku, let it go. Istighfar banyak-banyak dan mohon kekuatan pada solat sunat dan baca surat cinta dari Allah.

2 contoh menarik bagi istilah katak pekak, yang saya sangat kagum semangat mereka

#1: Mawar Fareeda

Ok, mesti ramai kutuk dia sekarang kan. Tapi di sebalik rasanya macam satu Malaysia kutuk dia, dia masih bersikap positif dengan bisnes dia.

Mawar & hubby nya. Credit Page hubby nya
Mawar & hubby nya. Credit Page hubby nya

Bayangkan kalau lah kita ni kat tempat dia, mau down tutup kedai terus!

Tapi dia, bukan takat bersemangat, malah bila bercerita tentang bisnes tudung dia, dia plan nak buka branch baru, dan sasar keuntungan RM 90 juta pada 2014! Which is 3 kali ganda dari 2013!!

Bangunan kat Kelantan. Besar wooo. Pic  credit Page Fizo Omar
Bangunan kat Kelantan. Besar wooo. Pic credit Page Fizo Omar

Oh dear!! Kuat semangat nya kamu!! :’)

Nota: Saya pakai tudung Alya Sara sebab labuh, tak pernah lagi beli Fareeda.

Tapi kalau nak kutuk Fareeda sebab tak ikut syariat, apa kata kita pengutuk ni tolong doakan orang kuat semangat dan hebat ni perbanyakkan tudung yang ikut syariat.

Kutuk dia sama lah dengan kita “makan daging saudara”, kita dapat dosa, dia dapat pahala kita. Mendoakan dia, sama lah macam kita mendoakan kebaikan kita juga.

Malu lah orang bisnes benda ikut syariat tak kuat semangat macam acik nih.

#2: Mc Donald

Fuh di kalangan activist Palestine, mesti ban kaw-kaw punya Mc D nih. Bukan takat itu, Jamie Oliver, chef terkenal pun ban Mc D.

Cer baca entry Natural Revolution ni, kabo Jamie Oliver cakap Mc D “unfit for human consumption”

Credit http://naturalrevolution.org/
Credit http://naturalrevolution.org/

Aduh pedasnya >_<

Tapi ada Mc D tutup kedai?

Lagi rancak diorang tambah menu.

Pengajaran

Bukan saya nak back up perniagaan di atas, tapi lihat lah pada betapa positifnya mereka mendepani cabaran, yang kalau kita kat tempat mereka, rasa kita dah angkat bendera putih T_T

Jika anda sedang diuji dengan kata-kata orang, pause. Tarik nafas. Dan fikir semula, apa sangat lah orang yang berkata-kata ni boleh buat kat aku.

Bukan naik kudis kat badan pun dengan kata diorang ni. Bukan aku masuk penjara pun. Income pun tak luak.

Mari kuat perkuat semangat kita di pagi hari 😀 Iyaaahh!! Jom jadi katak pekak ^_^

iR Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *