Katil Dalam Kereta

Kami sekeluarga selalu long distance travel. Memang letih. Tapi sejak ada katil dalam kereta, seronok boleh tidur baring dengan super selesa 😀 Inspired dengan Kak Hanis & Pokjak buat katil dalam kereta untuk anak- anak diorang.

Kereta kat sini bukannya Alphard atau Stream atau Wish atau seumpamanya. Myvi je pun boleh rasanya. Memula letak kepala sofa kat tempat letak kaki. So that seat belakang even, sama rata. Lepas tu letak tilam nipis atas seat belakang tu.

Siap 😀

Nak lagi selesa, letak lah tilam tebal sikit, toto ke.

Sejak ada adik baby ni, katil kereta ni memang sangat berguna, especially elak sakit pinggang masa travel. Masa adik baby baru lahir, kitorg balik Shah Alam the next day, saya baring je kat belakang tu. Bukan duduk pun 😀 Few times jugak ulang alik Kerteh- KL sebab ada training lah, ke meeting lah.

Nanti dah 3 anak, suruh 3- 3 duk belakang. Boleh lah mak pak berdating kat depan 😛

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares