Muhasabah | Tips Kewangan

Kaya – Bagus Atau Bagus?

Wang dan duit umpama pisau.

Kenapa pisau?

Adakah pisau ini sesuatu yang jahat?

Kalau pisau diberi di tangan yang betul, pisau boleh digunakan untuk memotong daging dan ayam untuk masak sebagai makanan untuk keluarga tersayang.

Tapi kalau pisau di beri kepada tangan yang salah, agak-agak apa jadi?

Sama juga dengan tukul.

Tukul diberi kepada tangan yang betul, tukul digunakan untuk paku dan bina rumah.

Tapi jika sampai di tangan orang yang tak baik, tukul digunakan untuk buat benda yang tak baik.

Maka adakah itu salah tukul bila benda tak elok dibuat menggunakan tukul, atau salah orang yang menggunakan tukul?

Di tangan yang betul dan amanah

Begitu juga dengan duit.

Duit tak salah.

Tak salah untuk miliki banyak duit.

Ia bergantung kepada kita untuk objektif dengan duit.

Apa objektif untuk kaya?

Duit yang banyak boleh digunakan untuk membeli banglo 4 juta dan menempatkan anak-anak yatim dengan fasiliti yang lebih selesa, bersih dan eksklusif.

Rumah besar pun takat untuk self-satisfaction.
Rumah besar bukan takat untuk self-satisfaction.

Duit yang banyak boleh digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk golongan fakir miskin yang nak beli sekampit beras pun tak mampu.

Duit yang banyak boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan melanjutkan pelajaran beberapa pelajar dari golongan susah. Pelajaran lah yang diharapkan membantu mengubah nasib keluarga susah mereka.

Bagus kan bila kita ada banyak duit? 😀

Orang salah laku demi duit?

Jadi bagaimana pula kita lihat ramai orang sanggup buat perkara yang salah semata-mata untuk dapatkan duit.

Manusia ini hidupnya bertunjangkan prinsip dan akidah.

Orang yang yakin rezeki itu datang dari Allah, dia pasti akan berusaha ikut syariat dan takut untuk buat larangan Allah.

Bila kita niatkan duit yang kita cari adalah untuk belikan banglo RM 4 Juta untuk anak yatim, adakah kita sanggup mencuri demi dapatkan 4 juta?

Sanggupkah kita melihat keruntuhan banglo yang menempatkan anak-anak yatim, hanya disebabkan kifarah atau pembalasan atas dosa kita?

Semuanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah.

Ramai sahabat nabi yang dijamin masuk syurga, adalah di kalangan hartawan jutawan.

Sebagai contoh, saudagar Abdurrahman dan Saidina Uthman r.a menantu Rasulullah s.a.w

Isteri baginda Rasul pun seorang yang kaya raya.

Islam sangat memerlukan umatnya kaya agar tidak menyusahkan orang lain, dan dapat membantu ramai lagi saudara yang lain.

Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya tetap memerlukan duit.

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp: 019 477 3457

Shaklee ID: 858755

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *