Kelas Mengaji Dewasa Wanita di Bandar Baru Bangi – 2018
2018 ini kami terfikir untuk mula buka kelas mengaji untuk golongan dewasa wanita.
Kenapa tak campur?
Sebab ada antara kita agak segan bila berhadapan dengan ustaz lelaki atau bila belajar bersama kaum lelaki yang lain, walaupun tempat duduk dah asing.
Saya faham sebab saya jenis begitu 🙂
Insya-Allah kelas ini akan bermula Januari 2018.
Alhamdulillah dah jumpa Ustazah yang sudi mengajar, nak cari student pula 😀 Kelas mengaji dewasa wanita ini akan di bimbing oleh Ustazah Norhamizah. Beliau telah berpengalaman mengajar kelas mengaji sejak tahun 2012.

Berikut butiran kelas mengaji dewasa wanita tersebut :
Hari   : Selasa dan Khamis
Waktu :Â Sesi 1 : 8 – 9 malam
Sesi 2 : 9 -10 malamYuran : RM 250 untuk sebulan, percuma Set Iqro’
Kelas ini akan diadakan di kediaman Ustazah Nor iaitu di Sg Tangkas, Bangi. Kira-kira 3 minit sahaja drive dari UKM Bangi.
Insya-Allah kami juga sediakan tempat yang selesa untuk para pelajar belajar mengaji.
Kami sedar ramai dewasa yang masih merangkak atau belum kenal huruf untuk mula mengaji. Tak mengapa. Usah malu.
Di sini kita semua belajar bersama tak kira usia. Sama ada anda wanita belum berkahwin, atau seorang ibu yang dah mempunyai anak-anak atau seorang nenek; anda sangat di alu-alukan.
Kelas ini hanya terbuka untuk golongan dewasa iaitu bermula usia 20 tahun hingga 70 tahun.
Semoga usaha ini membantu lebih ramai masyarakat Malaysia untuk celik Al-Quran.
Untuk mendaftar, boleh Whatsapp saya :
Ustazah Nor
Whatsapp : 017-669 5583
Wow. Seronok ni. Moga dipenuhi dengan mereka yang nak belajar Al Quran.