Kelas Mengaji Dewasa Wanita Fatihah, Bandar Baru Bangi
Kelas Mengaji Dewasa Wanita Fatihah telah bermula pada Isnin lepas.
Kali ini ada pelajar yang meminta untuk belajar tajwid bermula dengan permulaan surah Baqarah.

Untuk belajar tajwid, Ustazah Nor akan bantu menggunakan Al-Quran yang bersaiz sederhana. Sambil baca, sambil Ustazah Nor periksa dan ajar tajwid.
Jadi lebih mudah faham sebab ianya terus praktikal.
Kelas Mengaji Dewasa Wanita Fatihah diadakan di Bandar Baru Bangi pada setiap hari Selasa dan Khamis.
Anda boleh pilih salah satu sesi :
Sesi 1- Jam 8 malam hingga 9 malam, atau
Sesi 2- Jam 9 malam hingga 10 malam
Untuk sertai Kelas Mengaji Dewasa Wanita Fatihah, anda boleh hubungi :
Ustazah Nor
Whatsapp : 017-669 5583