Kelebihan Bermain – Bersama Natural Shape Sorter :P


* gmbar tu macam blm rotate. Huuuu

Kengkadang ada ibu bapa takda budget nak beli toys mewah2, atau canggih2. Tapi jauh disudut hati, nak anak jd cerdik sebab terpengaruh dgn kata org, main toys A, baby pandai itu. Main toys B, baby pandai ini pulak.

Saye bukan anti toys. Banyak je toys kat rumah. Tapi jangka hayat toys ni utk attract perhatian baby Muhammad adalah sangat pendek 😛 Sebulan dua, suka lah. Lepas tu campak tak nak tengok. Kengkadang, cukup sehari dua je. Haha. Tapi dia sangat suka kereta. Pandai jalankan sndiri kereta.

Eh jap, sy bukan nak cerita pasal kereta mainan “-_____-

Saye nak cerita pasal shape sorter. Rasanya kita semua tahu kelebihan shape sorter. Ia membantu anak kenal shape, dan the hole for the shape. Membantu sharpen ability to solve problem. Baby kena masukkan blok ke dalam kotak, tp ikut lubang shape yg betul. Ada cara nak ajar baby.

Tapi saya suka tengok baby Muhammad. Dia bukan main shape sorter beli tu, dah tak pandang. Tapi dia practice sendiri natural shape sorter.

1. Masukkan soket. Ape kite panggil ek. Plag nak masukkan dlm soket kat dinding tu. Haaa di suka lah yg tu. Dia akan cuba masukkan pin plag ke dalam soket sampai berjaya. Bila dh berjaya, cabut balik, dan cuba balik. Amaran: masa aktiviti ni, kita kena make sure suis tak on. Dan jangan kasi dia cucuk2 pulak dlm lubang. It is dangerous, tapi with close supervision, insya-allah selamat 😉

2. Sambungkan kabel charger. Nak charge tablet, kabel nye kan panjang. Kena sambung dua kabel. Jadi baby Muhammad, kalau dia dpt capai kabel charger ni, dia cabut, dan cuba pasangkan semula. Dan sah2 la suis kena off masa tu. Bahaya kot. Once again, this activity needs close supervision

3. Terbaru, dia nak lock pagar. Pagar rumah ni, saya biasa letak je mangga kat gate. Tapi tak lock terus lah. Baby Muhammad buka mangga pagar ni, dia tarik lah cemana pun. Pastu dia masukkan semula =) Masukkan lah sampai dapat. Seperti dlm gambar yg senget tu 😛

Shape sorter dari surrounding. Ngeh3. Bit more complex than the toys, but need extra caution. Kengkadang anak kita takmo layan mainan dia walaupun kita dah tunjuk cara main, bukan sebab dia tak reti. Tapi mungkin sebab dia rasa tak cukup mencabar. Jadi kita layankan aje lah alternative yg dia discover >_<

Kelebihan aktiviti2 ni-:

1. melatih anak FOKUS.

Kan biasa ibu bapa akan mengeluh, anak saya susah nak fokus kalau ajak baca buku. Kalau camtu, cuba ajak dia main cam sy cerita kat atas, atau main satu aktiviti atau game yg dia suka. Main bersama dia, dan paling penting- PASTIKAN playtime lebih dari 15 minit atau setengah jam. Insya- Allah lepas aktiviti main one game selama 15 minit atau setengah jam, anak akan lebih FOKUS semasa sesi belajar, atau makan, atau ngaji, atau apa2 je la

2. Enhance problem solving skills

Bila baby nak sambungkan dua kabel, dia akan fokus tengok, how to connect these two. Dia akan analisis bentuk kabel dan keadaan kabel. Dia akan cuba banyak kali sampai dpt. Bila sekali dh dpt, dia akan cabut balik, dan improve his problem solving skills. Dia akan cuba nak shorten his time to solve problems, using the most effective method, using his previous experiences.

Perkara ni sgt penting dlm fasa belajar, sebab bila belajar kat skolah, ability utk menyelesaikan masalah maths, science, karangan, etc membantu anak utk score.

3. Melatih anak utk tak putus asa

Kalau boleh jangan sikit2 cakap tak boleh. Duduk lah ngan anak, tengok dia buat apa. Kalau baby main kabel, duduk depan dia. Encourage dia utk sambungkan kabel.

Sikap tak mudah putus asa ni sangat penting, sebab kite takmau lah bila besar anak kita cepat give up dlm pelajaran sebab susah nak faham, atau cepat give up masa buat project yg asik2 tak jadi, etc.

Cara anak belajar adalah dgn bermain, trial and error. Jangan limitkan creativity anak anda. Follow his lead.

Jom main!  ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares