Kenapa Saya Sayang Shaklee
Saya mula makan Shaklee masa pantang anak pertama.
Itu pun saya hanya ambil ESP untuk kekal bertenaga, bukan untuk banyakkan susu sebab alhamdulillah susu saya memang banyak.
Selepas beberapa ketika, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. Anda boleh baca detik awal bagaimana saya mula dengan Shaklee di entry cerita awal saya bersama Shaklee.
Alhamdulillah keputusan saya untuk serius bisnes Shaklee adalah salah satu keputusan terbaik dalam hidup saya. Ia umpama salah satu hadiah terindah buat saya dan keluarga.
Kenapa saya sayang sangat dengan Shaklee?
Mesra kanak-kanak
Bagi ibu seperti saya, anak adalah seumpama nadi kehidupan. Tak boleh berpisah dengan anak walau sekejap.
Eh, memang selalunya anak juga yang mencabar emosi.
Tapi ke mana-mana, mesti kena ada anak bersama.
Saya sukakan Shaklee group saya sebab kalau nak join program group, anak-anak sangat diraikan.
Program formal pun boleh, program tak formal pun boleh.
After all, di asbabkan anak-anak lah kami kenal Shaklee dan tergerak hati nak buat bisnes Shaklee sebab nak bantu ibu-ibu lain.
Disebabkan nak menyusukan anak, atau macam saya, disebabkan nak bertenaga semasa menyusukan anak, kami jatuh cinta dengan Shaklee.

Sistem sokongan yang kuat
Saya sangat sayangkan keluarga Shaklee saya terutamanya adik-beradik dan mak Shaklee.
Walaupun kami semua berniaga produk yang sama, tapi kami tidak bersaing. Bahkan kami saling berpimpin tangan untuk mendaki puncak.
Kalau sebelum saya jumpa Shaklee, saya ingat semua orang bisnes saling tikam menikam, atau kalau baik sikit, kedekut nak kongsi ilmu dengan pesaing.
Tapi dalam Shaklee, benda tu tak wujud.
Bila sama-sama down, sama-sama kami akan saling menaikkan motivassi sesama kami.
Menarik kan? 🙂
Penekanan kepada hubungan dengan Allah
Kalau nak tahu, sebelum saya buat Shaklee, saya tak pernah istighfar sampai 100 kali sehari.
Tapi dalam kumpulan kami, kami sangat disarankan bahkan hampir jatuh wajib untuk istighfar 100 kali sehari.
Bukan itu saja, ada beberapa lagi zikir dan amalan sunat yang di kompilasikan dalam senarai bernama Masters Checklist.
Kami di ajar, walau hebat macam mana pun kita, Allah juga yang memegang hati manusia dan memberi rezeki.
Hanya dengan izin Allah sahaja rezeki akan masuk dengan lancar.
Teringat masa mula-mula nak konsisten tahajud setiap hari.
Berperang dengan selimut dan rasa mengantuk. Tapi fikir, Allah dah kejut aku, kenapa aku sombong sangat tak nak bangun?
Biasanya susah dalam masa seminggu, lepas tu kita akan rasa ok je 🙂
Penglibatan pasangan
Orang perempuan memang suka kalau suami join minat yang sama, kan? 😉
Kalau macam saya, apa-apa pun mesti nak suami bersama.
Restu suami adalah sangat penting untuk mengembangkan bisnes Shaklee.
Tak perlu suami bantu, suami hanya perlu izinkan sahaja, itu pun sudah memadai.
Dalam kumpulan kami, kami turut didedahkan dengan tips pikat hati suami bagi golongan isteri yang belum mendapat sokongan sepenuhnya dari suami.
Bukan tu saja, para suami pun ada kumpulan khas – ASB (Aku Sayang Bini), kumpulan khas yang bersembang hal santai.

Bila suami ada network dengan suami rakan-rakan lain, sedikit sebanyak suami tidak akan rasa tersisih dari bisnes Shaklee dan dapat idea macam mana nak beri sokongan kepada isteri.
Produk berkualiti
Produk ni bab akhir sekali, sebab memang biasa lah, wanita sangat mementingkan emosi, kan? 😉
Walaupun Shaklee adalah vitamin/supplement/makanan tambahan, ia tak sama dengan jenama lain.
Shaklee adalah vitamin semulajadi, ia bukan vitamin organik atau vitamin sintetik.
Shaklee sangat mementingkan kualiti.
Oleh sebab itu pihak pengurusan membelanjakan 250 million dollar (bukan ringgit ya) setahun untuk menjalankan kajian dan ujian klinikal ke atas produk mereka.

Ujian klinikal pula dijalankan oleh pihak yang bukan Shaklee, jadi tiada unsur berat sebelah.
[alert-note]Nota: Supplement tak diwajibkan oleh KKM untuk menjalani ujian klinikal. Asal boleh makan, sudah. Tapi sebabkan Shaklee pentingkan kualiti, Shaklee buat lebih dari expected[/alert-note]
Hargai kehidupan
Bersama keluarga Shaklee, saya mula faham erti pergantungan kepada Allah, saya lebih menghargai suami dan anak-anak, dan saya lebih menghargai kehidupan.
Shaklee bersama keluarga iReach mengajar saya untuk jadi yang terbaik, bersikap proaktif dan sangat cintakan ilmu.
Kalau bukan sebab bersama Shaklee, tak mungkin saya belajar tentang kanser untuk membantu pesakit kanser, seni dalam nutrisi untuk kesihatan dan macam-macam lagi.
Bahkan Shaklee juga menjadi asbab kami menuntut ilmu- ilmu marketing yang melahirkan Firdaus Azizi Training & Consultancy di FirdausAzizi.my yang kemudiannya membantu lebih ramai orang untuk belajar teknik pemasaran online
Saya sayang keluarga Shaklee saya 🙂
Sertai keluarga Shaklee saya
Jika anda berminat untuk join keluarga Shaklee saya, boleh hubungi saya di:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 409 3457
Shaklee ID: 858755