Breastfeeding Tips

Kenapa Bayi Saya Selalu Lapar? 

Saat perjalanan penyusuan anak kedua baru bermula, saya mengalami sedikit cabaran dari segi emosi. 

Anak saya yang baru lahir kerap menangis, dan susu badan yang dihasilkan belum banyak. 

Waktu ini saya faham yang susu badan di minggu pertama kelahiran bayi memang sedikit kerana perut bayi baru lahir hanyalah sebesar sebiji guli. 
Tetapi oleh kerana terbiasa memujuk anak sulung yang menangis dengan cara menyusukan beliau, jadi bila susu untuk anak kedua yang baru lahir ini belum banyak, saya mula tidak keruan. 

Syukur Alhamdulillah suami saya memujuk dan memberi sokongan padu. 

Suami berulang kali mengingatkan yang saya perlu kerap buat penyusuan secara langsung untuk merangsang lebih banyak susu keluar. 

Suami juga sering mengingatkan yang bayi baru lahir menangis bukan hanya kerana lapar. 

Bayi baru lahir sedang mengalami fasa peralihan dari alam rahim yang gelap, sentiasa mendengar degup jantung ibunya dan selesa; kepada alam dunia di mana segala-galanya berbeza. 

Alam dunia lebih cerah, suhu mungkin terkadang terlalu panas atau terlalu sejuk, dan kali ini bayi sendiri mula berpisah dari ibunya, tiada lagi degup jantung ibu setiap saat. 

Perubahan ini semua mencetus ketidak – selesaan pada bayi itu sendiri, dan ini biasanya membuatkan bayi baru lahir menangis. 

Bukan semua tangisan adalah disebabkan lapar susu. 

Alhamdulillah atas sokongan dan pujukan suami waktu itu, emosi saya semakin stabil. 

Apabila anak kami menangis, jika selesai menyusu pun masih menangis, kami akan periksa pelbagai kemungkinan. 

Bahkan keserasian dengan lampin pakai buang (diapers)  pun boleh menjadi salah satu sebab bayi tidak selesa. 

Ibu-ibu sekalian,

Bukan semua tangisan adalah disebabkan bayi kita lapar. 

Adakalanya mungkin sebab perut masuk angin asbab kita tersalah makan. 

Adakalanya mungkin sebab cuaca terlalu panas, jadi bayi tidak selesa. Ini berlaku kepada bayi ketiga kami, beliau tidak selesa dengan cuaca yang terlalu panas. 

Boleh jadi juga mungkin suhu persekitaran terlalu sejuk, bayi tersebut mungkin lebih suka suasana yang panas. 

Ini berlaku kepada anak saudara saya sewaktu lingkungan umur 3 bulan ke bawah. Pantang dipasang penghawa dingin (aircond), atau duduk dalam klinik yang dipasang penghawa dingin, pasti beliau akan mula tidak selesa dan menangis tidak berhenti.

Dan pelbagai sebab yang lain. 

Jadi sebelum anda risau tentang susu anda, periksa dulu kemungkinan yang lain. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0196953317 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *