Muhasabah

Kenapa Belum Capai Target?

Seringkali dalam urusan kerja kita di minta untuk buat target yang tinggi. Omputeh kata shoot for the moon. If you miss it, you will be among the stars.
image

Kalau dalam Petronas, masa buat KPI, kita kena buat target untuk base (yang rasa boleh lah capai) , stretch 2 (yang rasa hebat sikit) dan last sekali stretch 1 (target yang rasa almost impossible, tapi boleh je kalau kita push to the max)

Sebenarnya boleh je kita nak sampai target stretch 1.

Contoh dalam bisnes Shaklee.

Kita biasa buat sales kumpulan RM 10,000 sebulan. Stretch 1 kita sales RM 50,000 sebulan. Boleh atau tidak itu bergantung kepada kita.

Kenapa kepada kita?

Sebab pilihan kita, usaha kita, tawakkal kita, itu menentukan hasil kita.

Kalau usaha macam 50 sen, tapi harapkan hasil RM 50,000, patut ke agaknya? Usaha mesti lah macam tak cukup tanah, bagaikan esok sudah tiada.

Dan elemen paling penting yang ramai neglect, kebersamaan dengan Allah. Iaitu sebuah perasaan bergantung sepenuh-penuhnya hanya kepada Allah. Bukan semata-mata kepada usaha kita.

Dalam nak mencapai perasaan kebergantungan kepada Allah ini, group kami ada sediakan zikir menjemput rezeki yang dimuatkan dalam sekeping Masters Checklist. Senarai ni eksklusif untuk ahli group saya sahaja. Mohon tidak berkecil hati ya.

Kita perlu mendekatkan diri kepada Allah serapat-rapatnya sampai hilang rasa yang manusia menjadi sebab rezeki masuk atau tidak.

After all, tuan punya rezeki, bahkan Tuan punya sekalian hati semua manusia di dunia ini, adalah hanya lah Allah..

Kesimpulan

Jadi recap, kenapa bila target tinggi-tinggi, tapi tetap tak capai?

Ia sama ada usaha kita masih tak mencukupi, walaupun kita rasa dah sampai limit, tapi mungkin ada silap di mana – mana, atau ada lagi yang kita belum terokai.

Dan mungkin juga kita belum mencapai tahap kebergantungan sepenuhnya kepada Allah..

Apabila Nabi Ibrahim terlalu cintakan anaknya Nabi Ismail maka Allah mengujinya dengan menyuruh dia mengorbankan anaknya itu.

Apabila Nabi Yaakub terlalu sayangkan Nabi Yusuf maka Allah menghilangkan anak kesayangannya itu.

Sehingga apabila pergantungan mereka bertambah kukuh kepada Allah, maka DIA mengubat dukacita mereka dengan gantian atau keadaan yang jauh lebih baik.

Demikian Allah menguji para kekasihNYA sehingga jiwa mereka sentiasa berpusat kepada cintakan DIA Yang Maha Agung.

Itu Nabi yang dah dijamin masuk syurga tertinggi. Kita, apatah lagi.

Jangan berputus asa dengan belas kasihan Allah.. Teruskan berusaha, teruskan munajat mencari cinta Dia.

Insya-Allah, you are getting closer to your target.

Keep on fighting!!

iR Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *