Berpantang

Kenapa Ibu Berpantang Tidak Digalakkan Duduk Bersila

Semasa kita mengandung, kebanyakan bahagian badan kita menjadi longgar sebab nak memuatkan pembesaran baby.

Biasa kan, masa mengandung, kita rasa sakit pinggang sakit punggung, semua itu sebab bahagian pinggang dan punggung sedang melonggar sebab baby sedang membesar dalam rahim.

Bila kita bersalin, baby keluar dari perut, bahagian pinggang dan punggung tadi sepatutnya akan mengecut.

Bergantung kepada individu juga, ada yang cepat mengecut, tulang dia merapat dengan cepat.

Ada yang anak pertama dan kedua cepat, tapi anak ketiga, tulang tersebut lambat merapat.

Bila tulang di bahagian punggung dan pinggang lambat mengecut atau merapat, kita akan kerap rasa sakit bahagian pinggang dan punggung semasa berjalan dan bergerak.

Dari segi fizikal, kita akan kelihatan mengembang dan lebih berisi dari biasa.

Lantas terjadi fenomena, lepas bersalin pun, badan masih mengembang.

Berbalik kepada topik, kenapa kita tidak digalakkan bersila semasa berpantang.

Semasa duduk bersila, bukaan punggung kita akan jadi besar.

Bukaan punggung kita dah memang besar asbab mengandung. Ia belum habis mengecut dan merapat.

Tiba-tiba masa pantang kita duduk bersila pula.

Duduk bersila bermakna kita duduk dengan posisi yang tidak membantu pengecutan bahagian punggung dan pinggang.

Jadi pinggang dan punggung kita susah nak kembali ke bentuk asal.

Sebaiknya semasa pantang, duduk bersimpuh, atau elakkan duduk bersila. Duduk yang macam kepit kepit.

Kalau boleh, amalkan pemakaian bengkung untuk pastikan tulang pinggang dan punggung kita cepat merapat.

Saya juga amalkan supplement kalsium iaitu Ostematrix dengan konsisten untuk pastikan tulang saya sentiasa kuat walaupun belum rapat sepenuhnya.

Semoga kita semua berjaya kembali ke bentuk asal seperti semasa sebelum mengandung 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *