Gentle Natural Birth | HypnoBirthing

Kenapa Kita Sakit Semasa Bersalin? 

Semasa mengandung anak pertama, perkara pertama yang paling saya takuti adalah, macam mana aku bersalin nanti?

Takut lah, sebab orang cakap bersalin ini sakit.

Rata-rata orang tua pun cerita yang bersalin itu sakit. 

Ditambah pula pengalaman saya waktu itu sangat sakit diseluk doktor semasa mengandung.  

Bertambah seram apabila depan mata saya, saya menyaksikan kakak ipar yang menahan sakit yang teramat pada bukaan 2 cm semasa mahu melahirkan anak pertama beliau. 

Hakikatnya, sepatutnya, bersalin itu tidak sakit, atau kurang rasa sakit. 

Dari mana datangnya rasa sakit semasa mahu bersalin? 

Percayakah anda bila saya katakan sakit itu datang dari rasa takut. 

Ya. 

Rasa takut mahu bersalin adalah punca kita sakit semasa bersalin. 

Kenapa kita takut? 

Bagi ibu yang pertama kali mahu bersalin, kita takut sebab cerita orang-orang tua dan rakan-rakan yang menceritakan sakitnya bersalin. 

Jadi minda kita dah tertanam yang bersalin itu mesti sakit. 

Bila minda dah tertanam sebegitu, kita akan rasa takut. 

Bila kita takut, badan kita akan memberi reaksi ‘mempertahankan diri, atau melawan.’ 

Analogi nya seperti berikut, jika terjumpa beruang besar macam gambar di atas, kita akan takut, betul betul? 

Jadi bila kita takut, kita automatik akan buat salah satu daripada 2 perkara ini:

Sama ada kita akan melawan beruang tersebut, atau kita automatik kaku tak pasti mahu buat apa. 

Betul betul? 

Bila contraction datang, kita menjadi takut. 

Bila kita takut, hormon stress akan terhasil dan menyebabkan badan kita melawan contraction. 

Lagi kuat contraction yang datang, lagi kuat badan kita melawan, makan akan bertambah sakit yang kita rasa. 

Jadi, macam mana nak buat? 

Solusinya, pertama sekali, jangan takut. 

Follow your body. 

Welcome the surge (contraction) 

Bila contraction datang, kita alu-alukan dengan cara, tarik nafas sepanjang yang boleh sambil tersenyum. 

Nanti, kita akan rasa sangat lega bahagia dan kita akan rasa mahu contraction datang lagi. 

Penting ya untuk senyum. 

Bila senyum, hormon gembira akan terhasil, kita akan hilang stress, takut dan emosi negatif yang lain. 

Tak percaya? ☺ 

Cuba senyum sekarang 🙂 

Dah senyum? Ha, apa perasaan anda? 

Tiba-tiba hati rasa gembira, betul-betul? 

Sebab itu lah penting kita senyum lebih-lebih lagi semasa bersalin. 

Entry seterusnya saya akan cerita bagaimana untuk ambil nafas yang panjang semasa kontraksi. 

Ia perlukan latihan untuk kita mahir. 

Sekarang, adakah anda masih takut untuk bersalin? 

Harapnya tidak.

Jika ya, nanti saya cuba terangkan lagi perkaitan kenapa rasa takut akan membuatkan kita rasa sakit semasa bersalin. 

Jumpa di entry akan datang! 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

——————————–

Saya adalah Khadeejah Hasmad, ibu kepada 3 anak kecil. 

Alhamdulillah saya melahirkan anak-anak saya dengan menggunakan teknik HypnoBirthing. 

Teknik HypnoBirthing mengajar saya konsep sebenar apa yang berlaku semasa kita bersalin dan bagaimana kita boleh bersalin dengan tenang, mudah dan kurang sakit. (berkemungkinan kepada tidak sakit) 

Anak sulung saya dilahirkan di hospital, dan 2 anak yang lain dilahirkan di rumah. 

Saya suka berkongsi tentang HypnoBirthing agar lebih ramai ibu berjaya bersalin tanpa trauma, tanpa takut dan dapat bersalin dengan mudah. 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *