Breastfeeding Tips

Kenapa Bayi Baru Lahir Kerap Menyusu?

Dalam tips penyusuan susu ibu, ada banyak seni yang kita perlu tahu.

Seni?

Ya.

Tahukah anda, adalah normal untuk bayi yang baru lahir menyusu dengan tersangat kerap.

Jangan risau kalau susu kita masih belum memancut- mancut di hari pertama kelahiran si comel. Itu juga adalah sangat normal.

Kolostrum Sedikit Tetapi Pekat Penuh Khasiat

Pada waktu ini, payudara menghasilkan kolostrum iaitu titisan emas yang penuh khasiat untuk si comel.

Kolostrum ini sangat kaya dengan nutrisi, dan tidak berwarna putih.

Saiz Perut Bayi Terlalu Kecil

Saiz perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil iaitu hanya sebesar guli.

Jadi payudara hanya menghasilkan susu untuk perut bayi yang sebesar guli, tidak berlebihan.

Maha Suci Allah yang memprogramkan payudara kenal bayi kita.

Ini adalah gambaran size perut bayi di awal kelahiran
Gambaran Size Perut Bayi Baru Lahir

Pengalaman Saya

Saya sendiri dapat susu memancut dan bengkak susu untuk Muhammad (anak sulung saya), selepas seminggu bersalin. Awal- awal tu mak saya pelik – kenapa tak nampak susu putih? Kenapa Muhammad asyik nak melekat je? Siap saya kena suruh mandi air daun apa tah.

Tapi, sekali bila susu penuh, rasa mahu menangis.

Rasa keras macam batu. Rasa nak demam! Letaklah kobis ke, tungku ke, nak kasi surut, tapi tetap tak jalan.

Susu Ibu Mudah Hadam

Dan adalah sangat normal untuk anak kerap menyusu semasa pantang.

Masa saya menyusukan anak sulung, lelaki, boleh dikatakan setiap 15 minit atau 30 minit anak akan minta susu tidak kira waktu siang atau malam.

Ini bukan bermaksud bayi lapar.

Tetapi ia menandakan susu kita sangat mudah hadam. Bila susu mudah hadam, anak cepat kenyang, dan akan cepat minta susu semula 🙂

Jadi ibu-ibu sekalian, jangan stress terlebih jika bayi baru lahir kerap minta susu. Normal lah tu.

Kalau stress, mari amalkan Set Penyusuan Shaklee.

Set Penyusuan Shaklee

Set ini terdiri dari 6 vitamin penting yang kesemuanya penting unutk kesihatan keseluruhan ibu menyusu, ya, termasuk membantu merangsang penghasilan susu yang banyak hingga menitik membasahi baju ibu.

Klik gambar di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang Set Penyusuan Shaklee ini.

set penyusuan shaklee
Set yang telah membantu banyakkan susu ribuan ibu

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Happy Breastfeeding!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *