Kenapa Pantang Gula & Garam Semasa Kuruskan Badan?

Untuk kuruskan badan dengan berjaya, nasi wajib ambil.

Kena bagitahu siap-siap part nasi ini, sebab majoriti rakyat Malaysia salah faham bahawa kalau nak kuruskan badan, nasi tak boleh ambil.

Boleh. Tapi ikut portion.

Banyakkan makan sayur hijau berdaun. Kasi separuh pinggan penuh dengan sayur hijau berdaun.

Makan sayur sahaja memang boleh kenyang.

Saya, ibu menyusu ni pernah cuba makan sayur sahaja dari pagi hingga malam sebab mengikuti program Detoks Shaklee.

Serius kenyang.

Ok berbalik kepada topik asal.

Kenapa gula dan garam perlu pantang untuk kuruskan badan?

image

Gula

Gula yang kita makan, kalau kita tak bersenam, akan ditukar menjadi lemak.

Sel lemak pula, sekali kita masukkan dalam badan, dia tak boleh dikeluarkan dah.

Sel lemak ni rupa dia macam kantung belon.

Dia hanya boleh kembang, atau kecut.

Hanya boleh ditambah, tapi tak boleh dibuang.

Untuk kecutkan sel lemak ini, kita kena banyakkan bersenam dan makan makanan berkhasiat dan berzat.

Bukan makan makanan yang tinggi lemak dan makanan rapu.

Garam

Garam yang sikit tu, boleh lah.

Tapi kalau terlalu banyak garam, dia akan buat badan kita dehidrasi, atau bahasa pasar nya, badan kehilangan banyak air.

Jika badan mula hilang banyak air, kita pulak tak minum ikut keperluan ditambah lagi kena minum extra sebab garam serap banyak air, sel badan kita akan mula hold air.

Nak kata pegang, takut tak faham pula nanti.

Sel di tangan, sel di kaki akan hold air di kawasan mereka sebab diorang takut kalau tak cukup air, diorang tak boleh buat kerja dengan baik.

Fenomena ini lebih dikenali dengan nama gemuk air.

Sebab itu nanti senang nampak tangan dan kaki sedikit berisi, sebab air di hold di kawasan itu.

Sikit takpe. Cuma berpada.

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755
Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!