Kenapa Saya Pilih Untuk Buat Bisnes Online Melalui Blog

Untuk buat online bisnes, ada banyak medium yang boleh kita pilih berdasarkan kesesuaian kita dan juga customer kita. Antara medium yang digunapakai oleh ramai peniaga online di Malaysia adalah Facebook. Tak begitu ramai peniaga yang menggunakan medium blog sebagai platform untuk bisnes mereka.

Cara Buat Duit Dengan Blog

 

Alhamdulillah, saya menggunakan kedua-dua medium tersebut untuk bisnes Shaklee saya, walaupun sekarang 90% fokus saya adalah di blog Diary of Muhammad nih 😉

Kenapa Saya Prefer Blog Berbanding Facebook?

Firstly, saya suka cadangkan kepada group saya untuk fokus kepada medium blog. Media sosial lain pun bagus, cuma ada 3 perkara yang blog ni lebih bagus :

1. Content Kekal Selama-Lamanya di Blog

Apa yang kita tulis, terletak je kat dalam blog forever. Unless blog kena hack ataupun kita sendiri shut down blog kita. Kalau dalam Facebook memang content ada terletak, tapi dah bercampur baur dengan macam-macam benda lain.

Kalau tiba-tiba naktengok balik apa yang kita tulis tahun lepas, jenuh nak scroll sampai ke tahun lepas. Hehe…

2. Capaian Blog Lebih Power Dari Facebook

Blog kita boleh mencakupi pengguna satu Malaysia, malah satu dunia. Pengguna satu Malaysia maknanya lebih dari 2 juta pengguna tau 🙂

Kalau promosi menggunakan medium Facebook, ia hanya tertumpu kepada rakan kita yang boleh jadi tak sampai 1,000 orang. Paling maksimum pun 5,000 friends.

Kalau ada fanpage, memang boleh lebih dari 5,000 ‘kawan’, masalahnya… Daripada beribu-ribu kawan tu, berapa ramai yang akan dapat apa yang kita share atau post?

Promosi secara offline pula menuntut masa, tenaga dan wang. Belum tentu dapat close deal kalau kita berjalan dari rumah ke rumah edar flyers.

3. Info Dalam Blog Mudah ‘Dicari’ aka Search Engine Friendly

Ini yang saya paling suka tentang blog nih 🙂 Kalau orang search apa-apa di Google, diorang boleh jumpa blog kita. Ini provided blog kita mesra enjin carian la kan.

Dengan menjadikan blog kita mesra enjin carian ataupun SEO-friendly, kita boleh tarik trafik free-free dan boleh dapat customer tanpa susah payah nak promote sebab diorang datang kat kita untuk ‘mencari satu’satu solusi’. Bukan kita pergi dok syok-syok menjual dekat dia.

Macam Mana Saya Gunakan Blog Untuk Bisnes Shaklee

Buat Bisnes Shaklee Secara Online

Saya terangkan mengenai cara saya jana pendapatan Shaklee melalui blog. Sebenarnya mudah sangat nak buat apa-apa bisnes online melalui blog nih.

1. Tulis Entri

Tulis entri yang menarik mengenai produk ataupun pengalaman anda menggunakan produk Shaklee. Nak share testimoni customer pun boleh supaya prospek lebih yakin.

Antara contoh entri yang macam nih:

  1. Pengalaman saya menghilangkan keputihan dengan Alfalfa
  2. Pengalaman saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee
  3. Pengalaman saya banyakkan susu badan dengan Set Penyusuan Shakee
  4. Bagaimana kurus dengan Set Kurus Shaklee

2. Orang aka Prospek Search

Bila orang di Sabah search sebagai contoh ‘cara banyakkan susu badan’, blog anda akan keluar di Google. Kalau dapat ranking yang cantik dengan tajuk menarik, insyaAllah prospek akan klik entri di blog kita.

3. Prospek Berminat Nak Beli

Kalau entri cukup menarik dan convincing, prospek pun for sure berminat nak beli dan cuba produk tersebut untuk membantu selesaikan masalah dia. Ingat, dia yang cari blog kita. Bukan kita yang cari dia 🙂

4. Close Deal

Biasanya prospek akan menghubungi saya dan tanya beberapa soalan sebelum close deal. Lepas tu insyaAllah dia akan bank in harga produk + kos penghantaran. Untuk yang bijak berjimat, biasa akan daftar terus jadi ahli Shaklee sebab boleh dapat harga yang lebih menarik.

5. Place Order Dengan Shaklee

Lepas prospek dan bank in, saya tak perlu pun keluar rumah di pejabat pos. Saya hanya perlu masuk Shaklee online system dan place order ke Shaklee. Biasanya dalam masa 2-3 hari bekerja, barang akan sampai ke tangan customer dengan selamat 🙂

Macam Mana Sebenarnya Buat Duit Dengan Shaklee Nih

Dapatkan pelbagai kelebihan sekiranya anda menjadi seorang Ahli Sah Shaklee hari ini

Ramai orang tak tau sebenarnya macam mana orang boleh buat duit dengan Shaklee. Adakah sekadar dengan mencari downline ramai-ramai? Tidak sama sekali!

Ada 3 saluran pendapatan bila kita berniaga dengan Shaklee:

#1: Untung Runcit Atas Jualan Produk

Shaklee menetapkan harga ahli hanya untuk ahli, dan orang yang bukan ahli kena beli dengan harga runcit. Jadi bila kita jual Shaklee, kita akan dapat untung runcit daripada perbezaan harga ahli dan harga retail.

Biasanya perbezaan harga retail dan harga ahli nih dalam 20% to 25%. Kira banyak jugak la kan. Sebab tu memang rugi siapa yang makan Shaklee tapi tak jadi ahli. Nak daftar ahli pun hanya RM65 untuk seumur hidup. Murah jer kan 😉

#2: Bonus dari Shaklee

Bonus dari Shaklee ni adalah duit yang Shaklee sendiri akan bank in kepada anda jika anda dapat mencapai beberapa point.

Lihat gambar di bawah.

Senarai Harga Produk Shaklee Dengan Point

Setiap produk ada point tersendiri. Bila kita jual produk, kita akan kumpul point. Bila point terkumpul, kita akan dapat Bonus tambahan daripada Shaklee.

#3: Bonus Kepimpinan, Insentif Kereta dan Banyak Lagi

Selain dari dua di atas, bila anda telah berjaya naik pangkat dalam Shaklee, anda layak untuk dapatkan bonus kepimpinan dan insentif kereta serta banyak lagi insentif lain yang menarik.

Insentif kereta Shaklee diberi dalam bentuk wang, jadi ikut suka nak beli kereta apa. Nak beli yang mahal atau murah ataupun nak kumpul untuk beli kereta baru dengan cash pun takde masalah.

Belajarlah Buat Bisnes Shaklee dengan Blog

Detail mengenai cara, tips dan tricks menulis entry yang menghasilkan jualan akan diceritakan dengan lebih lanjut di dalam group ekslusif tertutup saya.

Dunia blog adalah sangat luas. Dunia di hujung jari.

Saya sendiri dah pun menikmati pendapatan dari Shaklee dengan hanya berkongsi pengalaman dan kebaikan bersama Shaklee secara online, tanpa bertemu muka dengan sesiapa.

Alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk belajar buat bisnes secara 100% online melalui Blog dan Facebook, boleh la hubungi saya di nombor yang tertera di bawah 🙂

InsyaAllah saya akan bantu anda untuk menjana 3-4 angka melalui Shaklee. Nak lebih dar 4 angka pun boleh sebab potensi bisnes Shaklee sangatlah luas.

Hubungi Saya Sekarang!

Pengedar Shaklee Terengganu, Malaysia

2 Comments

  1. Siti 5 May 2014
    • Khadeejah Hasmad 6 May 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares