Uncategorized

Kenapa Saya Suka Bisnes Shaklee

Alhamdulillah, bertemu dengan hari Selasa hari ini. Saja nak berkongsi cerita tentang kenapa saya mula serius dalam bisnes Shaklee.

Asalnya saya gigih mengusahakan bisnes buku kanak-kanak di Islamic Books for Kids. Alhamdulillah selepas setahun lebih mampu stabil income hampir 5-angka, saya mula berubah fokus ke perniagaan kesihatan, Shaklee. Bisnes Islamic Books for Kids sekarang di jalankan sepenuhnya oleh suami saya (cum engineer di syarikat multi-nasional negara, ahaks. Multi tasking gitew)

Awalnya saya join Shaklee sebab saja saja. Bukan nak bisnes sangat pun. Tapi upline saya, Kak Lyna tetap masukkan saya ke group exclusive group Lady Boss. Tips-tips dalam Lady Boss saya gunakan untuk bisnes Islamic Books for Kids. Kemudian terdetik di hati, kalau saya boleh menempuh arus liku ranjau bisnes Islamic Books for Kids bersendirian dengan suami, pasti saya boleh menempuh liku ranjau bisnes Shaklee sebab dalam bisnes shaklee kita sentiasa ada mentor. Dah pulak tu ada support group. Nak meluah perasaan, nak gelak ketawa, nak tanya soalan, semua bebas. Kita bagai sebuah keluarga yang besar ^_^


20130618-100822.jpg

Saya mula serius bisnes Shaklee pada November 2012. Padahal register setahun sebelum itu. Haha. Pada bulan pertama saya serius, alhamdulillah dapat income 3-angka. Tak perlu disclose lah amount nya ya πŸ™‚ Masuk bulan kedua, syukur alhamdulillah, saya merasa income 4-angkaa!!! Macam tak sangkaaa!! :’) Yang best nya., income saya ada peningkatan setiap bulan, kalau makan gaji kan, kena tunggu tahun seterusnya, atau tunggu naik pangkat, baru ada kenaikan gaji. Tapi dengan Shaklee, lagi keras usaha kita, lagi banyak kita dapat.

Bisnes shaklee ni macam bisnes lain, kita jual produk. Bukan head hunting ya. Group saya tak amalkan head hunting, jadi kalau anda terjumpa group yang amalkan head hunting, cari downline di branch, sorry, itu bukan style group saya πŸ˜‰ Oh, dan tak perlu buat loan ribu-riban, atau simpan stok berkoyan-koyan.

Lagi best modal memang ciput sangat. RM 75 utk pendaftaran semenanjung malaysia, dan RM 85 untuk pendaftaran sabah sarawak. Lumrah bisnes memang ada turun naik nya, ada detik, sales merudum. Masa ni lah kami dianjurkan untuk double triple kan amalan rohani. Apa itu amalan rohani? Ianya zikir, doa, solat sunat, mengaji. Jangan pandang rendah pada kuasa doa. Kita akan berkongsi, amalan murah rezeki, how to have positive attitude, attitude of successful people, dan banyak lagi.

Dan kami semua mengutamakan keluarga, Shaklee adalah family bisnes, malah boleh diwariskan kepada anak- anak ^_^ Suami pula merupakan think tank, ada group special khas untuk para suami discuss cemana nak tolong isteri boost Shaklee. Anak pula adalah sumber motivasi kami. Even masa National Conference baru-baru ni di Sunway, group kitorang lah yang ramai bawa anak. Saye sah-sah lah memang langsung tak berenggang dengan anak. Ambil award pun sambil bawa anak naik pentas. Bangga ok sebab anak- anak lah yang mengenalkan saya kepada Shaklee. Kalau bukan permata hati saya ni, saya tak terbuka minda kot.

Eh tak pernah cerita lagik pasal National Conference.

Ni pun cerita dalam blog sambil menyusu anak πŸ˜‰

Jika anda berminat nak join Shaklee, untuk bisnes atau makan sendiri supplement Shaklee, saya alu-alukan anda join di bawah saya πŸ™‚ Guide akan diberi sehingga anda berjaya untuk reach target anda. Tinggal anda je, mahu atau tidak.

Oh oh, untuk pendaftaran, murah je. RM 75 utk semenanjung Malaysia, dan RM 85 untuk Sabah Sarawak. Sebelum ada yang tanya lagi, haha, saya tak resides di KL. Saya di Kerteh Terengganu. Kalau anda jauh dari saya, no problem, kita ada fb, whatsapp dan phone sebagai penghubung. Ada beberapa anak buah saya di KL, alhamdulillah dah merasa income 4-angka dgn bisnes Shaklee, walaupun kami duduk berjauhan. Tak lama lagi 5-angka lah tu. Coaching alam maya je. Lokasi bukan penghalang ya πŸ™‚

Berminat nak join Shaklee bersama saya?
Hubungi saya sekarang!
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp/Call: 0194093457
Email: [email protected]
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *