Kenapa Susu Saya Masa Baru Bersalin Ni Sangat Sikit?

Biasanya waktu kritikal penyusuan akan bermula sejurus selepas bersalin. Dah semangat nak susukan baby tapi susu yang keluar sikit pula.

Sebenarnya susu yang tercipta untuk baby kita memang ikut keperluan perut baby tu. Kalau baby baru lahir, perut dia sangat kecil. Jadi kuantiti susu pun kena sikit je.

Gambar credit : Beckett Breastfeeding

Susu di awal kelahiran adalah berwarna kuning pekat. Ia juga dikenali sebagai kolostrum. Ianya tidak putih.

Kolostrum ini adalah titisan emas berharga, sangat kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh baby baru lahir.

Jadi usah risau usah takut, susu masa baby baru lahir memang betul sikit. Yang penting kerapkan menyusukan baby setiap 2-3 jam sekali.

Kalau baby jaundice, biasanya baby tidur lebih lama. Jadi yang ini kita perlu kerap kejut baby supaya dia kerap menyusu. Bila baby menyusu dia akan kerap buang air besar untuk buang jaundice dengan cepat.

Kalau dah kejut pun tak bangun juga, pastikan kita perah susu setiap 2-3 jam sekali.

Deeja Hasmad
Breastfeeding mom of 3

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares