Muhasabah

Kerana aku rindu pada Mu…

Teringat time hari akhir2 Ramadhan. Saye lembik sgt. Tak tahu lah psikologi ke apa. Masa tu dah tahu preggy, dan sikit2 ada bleeding. Tarawih tinggal. 9 hari tak puasa sebab x larat sangat. Bila malam je, terus melepek macam lah puasa siang hari
Bila balik Shah Alam. Sama gak. Tapi the beautiful thing is, masjid duk depan rumah. Kalau ceramah lepas terawih, memang dgr sampai ke dalam rumah. Kalau imam baca solat pun, dengar sebijik- sebijik surah apa dia baca. Seronok pulak rasa. So setiap hari lah saya cakap kat hubby, lepas nap jap ni, nanti saya nak join terawih kat depan. Alah berapa langkah je pun masjid. Sangat3 dekat. Tapi sentiasa tak berjaya, sampai ke malam terakhir ramadhan.
Malam tu, saya cuba jugak join hubby & baby ke masjid. Duduk je. Ye lah, rasa rugi x tarawih. Dpt rasa aura org terawih pun, ok lah. Masjid tu saye ingatkan tak ramai org, ye lah, dah nak dkt raya. Normally jemaah berkurang. Ni tak, melimpah jugak ke luar. Terpadam lah hasrat nak baring2 kat masjid.. Saya just duduk kat saf paling belakang.
Suka pencahayaan kat masjid tu, sebab sangat cerah. Dan angin bertiup dari kipas, nyaman. Plus, ustaz tu suara nya cukup merdu. Saya rindu tarawih…. Nak lah solat. Tapi saya takda wudhu’ & xpakai kain solat. Tapi entah, dek kerana rindu, saye bergegas ke tempat wudhu’ perempuan, nasib baik dkt je dgn tmpat solat. Dan masa solat, saya tutup kaki dengan seluar.
Masa tu saya tak tahu pun tu dah rakaat ke berapa.
Bila angkat takbir utk solat kali entah ke berapa…, saya niat dalam hati, sahaja aku solat terawih, kerana…. aku rindu pada Mu…… sungguh terlalu rindu… ada sebak di hati. Dah lama aku tinggalkan terawih ya Tuhan… Sejuk  nyaman rasa solat kali itu. Tenang sungguh. Hilang pening kepala, letih badan, rasa x sedap badan. Rasa bahagia. Sangat3. Dan terasa macam nak ulang ikut imam sampai habis. Tapi rupa2nya, itulah terawih terakhir di Ramadhan tahun ini :'( Allahu…
Saya tak kisah jika malam tu bukan lailatul qadr. Kerna larut dalam perasaan rasa cinta kepada Nya, lebih manis dan indah. Tetiba saya cakap kat hubby, mungkin ini lailatul qadr saya. Sepanjang ramadhan, ini lah kali pertama saya rasa tenang setenang- tenang nya… Dan say berharap, subuh esok dapat lah ke masjid lagi
Hubby cakap, kalau baby tak bangun, susah lah kita nak pi masjid. Sebab salah sorang kena jaga baby. Kalau kejut sebelum waktu dia, boleh ngamuk jadinya. So, simpan je harapan dalam hati.. Harapan yang penuh rasa kerinduan..
Dan sungguh Allah Maha Mendengar.. Sebelum subuh dalam pukul 4 lebih, tiba- tiba rumah blackout. Satu lorong blackout. Bila dah blackout, nyamuk pun datang. Resulted, baby pun terbangun, dan join kami sahur. Dan alhamdulillah, sekali lagi, Allah izinkan saya ke masjid berjemaah..
Sesungguhnya, yang menerbitkan perasaan indah itu, adalah Dia. Yang membuatkan saya ingin ke masjid dan berjemaah, adalah Dia juga. Moga Allah sentiasa pimpin kami, dan kita semua, untuk mendekati Dia, moga Dia terus-terusan menjaga iman, akhlaq kita, hingga ke hembusan nafas terakhir kita… Sesungguhnya Allah lah selayaknya kekasih teragung ku..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *