Muhasabah

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Siapa antara pembaca blog ni sayang diri sendiri?

Macam mana korang tahu yang korang betul sayang kat diri sendiri?

Of course lah benda material senang nampak, kita biasa nak kereta terbaik, rumah terbaik, baju tercantik untuk diri sendiri.

Tapi tahu tak, bila kita tak yakin dengan kebolehan diri, itu petanda kita tak sayang kepada diri kita.

Eh.

image

<h3>Sayang, atau seksa diri sendiri?

Semalam sesi luahan rasa di GGCC sangat me-muhasabah diri saya..

Selama ini saya take myself for granted.

Apa bukti saya sayang diri sendiri?

Setiap dari kita ada jasad, dan ada ruh.

Jasad ni yang semua orang boleh nampak.

Tapi ruh ni adalah benda yang kita sendiri pun tak nampak.

Bila saya sayang kat diri sendiri, saya akan pastikan makanan jasad dan ruh saya lengkap.

Ye lah kalau makanan jasad tak lengkap, saya sendiri kelaparan, dan lembik mungkin boleh jadi pengsan tak boleh buat kerja

Tapi kalau makanan rohani saya tak lengkap, memang lah jasad saya masih boleh bergerak, tapi hati saya tak tenang, hidup saya tak bahagia.

Seksa ruh?

Kalau saya tak yakin diri, layan sedih, ia adalah petanda saya sedang menyeksa ruh saya sebenarnya.

Sebab ia umpama nak cakap kat ruh, engkau ni teruk.

Bayangkan kalau orang lain cakap kat depan muka kita yang kita ni teruk, itu pun kita dah marah dan geram.

Tapi kalau diri sendiri cakap kat ruh sendiri benda yang sama, apa agaknya rasa ruh kita?

Habis tu kalau betul tak reti dan buntu, macam mana?

Sebab itu lah kita kena rajin makan makanan yang khas untuk ruh.

Apa itu?

Itu lah amalan rohani. Amalan rohani untuk ruh yang sihat, bahagia dan positif.

Zikir, doa, solat taubat, etc

Ruh hanya tenang dan bahagia bila dia kenal dan dekat dengan pencipta-Nya.

Cara nak dekati pencipta adalah dengan banyakkan sebut nama Dia, buat perkara yang Dia suka

Budak kecil dalam diri

Dalam setiap kita mesti ada suara kecil.

Teringat nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, setiap dari kamu ada Qarin (pendamping) masing-masing.

Aku pun ada. Tapi Qarin aku telah pun dibaikkan untuk hanya mengajak kebaikan.

Budak kecil ni suka suruh kita buat benda yang merosakkan.

Kalau kita nak buat baik, atau nak usaha lebih sikit, budak kecil ni akan pujuk kita untuk tangguhkan kerja.

Kita kena bertegas dan disiplin kan budak kecil dalam diri kita ni supaya dia mendorong kita untuk buat benda positif sahaja.

Ya ia susah.

Sebab itu kena bertegas dan berdisiplin.

Bagi tahu kat budak kecil tu, “Aku sayang diri aku. Aku hebat, aku tak akan terpedaya dengan pujukan engkau.”

Jangan sia-sia kan anugerah akal, tubuh badan yang sihat dan lengkap.

Pastikan kita jaga ruh kita sebaik mungkin agar bila nanti waktu kita pulang kepada Allah, kita bawa pulang ruh yang cantik bersinar bersih 🙂

Sayangi diri kita untuk meraih cinta Allah..

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *