Cabaran 30 hari

Kereta Idaman| Hari #12: Cabaran 30 – Hari Entry

Asal cerita pasal kereta idaman ni masa buat vision board kat group Jutawan Kak Cery.

Saya bukan lah penggemar kereta, rasa cukup je dengan apa yang ada sekarang.

Lagipun kereta bukan aset, harga akan jatuh seiring dengan tahun. Berbeza dengan rumah, rumah ni harga makin naik naik dan naik.

Tapi teringat masa saya serah staff kad Petronas masa resign., saya sebak sangat sampai berjanji kepada diri yang saya akan bagi mak sebiji BMW. Of which saya tak tahu pun nak bagi model apa. Haha.

Bila melawat Pakcik Zaidi, colleague apak hari tu, ternampak kereta dia, Merc. Tapi bukan macam kereta Merc biasa. Rupa dia ala- ala BMW X6. Memang jatuh hati terus!

Ganti Merc yang tak sure model apa :P
Ganti Merc yang tak sure model apa 😛

Kalau geng jutawan baca ni, ai tak tiru Kak Cery tau. Memang kenan sebelum tahu dia nak beli X6. Kikiki

Eh, orang perempuan pandang pada luaran kereta je. So, saya tak tahu lah best ke tak naik kereta ni. Nanti lah bila income dah cecah cash boleh beli kereta ni, saya tanya lah mak, mak nak kereta ke, nak cash je. Hihu.

Untuk kami, kasi habis bayar current car, lepas tu, ingat nak angkat Wish sebiji. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecik. Boleh buat tidur kat belakang tu.

TOYOTA-WISH

Tapi sangat sayangkan current car sebenarnya.

Ia banyak sangat berjasa, bersama kami sejak Muhammad belum lahir, hingga Maryam lahir. Dari tak berbisnes, sampai sekarang bisnes Shaklee, alhamdulillah. Tak pernah mengecewakan.

Kereta tu lah bawa balik Shah Alam hampir setiap minggu, bawa stok buku ulang alik KL- Kerteh, stok Shaklee merata bila kitorang travel, teman coaching anak cucu satu Malaysia. Memang kenangan..

Ok ok.

Apa pula kereta idaman korang? 😉

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *