Uncategorized

Kesan Brexit Kepada Saya

Saya ni bukan lah seorang yang selalu cakna bab ekonomi. 

Tapi bila mula cakna, rasa macam takde lah nak melayan isu viral di Facebook Malaysia yang serabut kepala. 

Ada isu lagi besar di dunia. 

Ok, kembali kepada Brexit. 

Brexit adalah singkatan kepada Britain dan Exit. 

Ia adalah sempena Great Britain keluar daripada European Union. 

Oleh kerana saya bukan salah seorang warga Britain, tidak menetap di sana, tidak mempunyai apa-apa kepentingan di sana, saya hanya boleh baca. 

Suka saya kongsikan catatan mudah faham salah seorang figure yang saya follow di Facebook untuk kita ketahui, apa kesan Brexit ni kepada kita. 

Credit dari Facebook Tuan Irwan Dahnil:

Jadi, UK sah keluar Kesatuan Eropah. Hampir 52% memilih untuk Leave. 
Britain Got Balls. 
Jadi apa kesan UK Leave ni untuk rakyat Malaysia macam aku? Takde apa pun kalau tak terlibat. 

.

1. Siapa mahu datang London tu boleh serbu money changer. Pound tergolek. Berapa tergoleknya tidak aku pasti. 

.

Tapi kalau berterusan jatuh menjunam nanti jualbeli Pound boleh diperketat dan disekat. Macam Ringgit Malaysia hari itu. 

.

2. Lepas ini Pound boleh naik semula jika UK dapat cover up kesan ekonomi. 

.

Tapi masih ada risiko Pound turun lagi jika perdagangan dengan EU dinilai dan perlu negotiate semula. 

.

So bila masa terbaik tukar duit ke Pound? Bila kau ada duit. Kalau mahu tunggu lagi turun, entahlah. Ringgit Malaysia pun tidak sekuat mana. 

.

3. Orang Malaysia tetap boleh masuk negara Eropah tanpa visa. Sebab Malaysia ada understanding dengan negara EU yang dalam kawasan Schengen. 

.

Masuk UK pun sama seperti sekarang visa free 6 bulan untuk tourist. Nothing change. 

.

Banyak kilang berada di Eropah. Jadi harga barang di UK dijangka naik. Kaki shopping lebih sesuai gerakkan langkah sekarang. 

.

Tiket flight UK-Europe mungkin tidak serendah sekarang. Low cost carrier macam Easyjet dan Ryanair mungkin akan mengenakan caj tambahan. 

.

4. Ada risiko kesan buruk kepada ekonomi dan kestabilan negara lain di dunia. Jika ada negara lain seberani UK keluar EU, mau collapse EU. 

.

Scotland dulu mahu stay dalam UK, sekarang macam mahu keluar balik. Begitu juga dengarnya Spain. 

.

5. Perdana Menteri UK resign bila rakyat memilih keluar EU. Berprinsip. 

.

Lain benar dengan Perdana Menteri satu negara ni tak reti-reti nak undur walau negara macam makin mundur. 
Nota kontot

Acah Spekulator Ekonomi

Istanbul Turkiye

Tuan di atas menetap di Glasgow. 

Jadi ada kredibiliti sedikit lah penulisan dia di mata saya untuk isu ini. 

Ye lah, kalau non-resident yang tulis, semua orang boleh tulis apa sahaja, betul betul? 

Kesimpulannya, siapa yang ada impian nak ke Europe atau ke London, ini lah salah satu masa terbaik. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *