Muhasabah

Kesyukuran Ku : 22 Januari 2015

Saja lah nak tulis. Bersyukur itu menambah nikmat [Surah Ibrahim ayat 7]. Mengeluh dan merungut menolak nikmat 😉

Ekceli ter inspirasi tengok kawan Shaklee saya, Syireen tulis secara public kesyukuran dia.

Well, sebagai panduan kepada follower Diary of Muhammad, kadangkala betul, kita tak pasti aku nak bersyukur apa hari ni, it’s a bad day!

Sebelum itu, meh saya kongsikan perkongsian kawan saya, Lyna Noh perihal cara bersyukur ni

[vimeo id=”120460292″ width=”600″ height=”340″ position=”center”]

Saya kongsikan di sini agar pembaca semua dapat idea, cemana nak bersyukur 😉

10 Kesyukuran 22 Januari ^_^

Jom, follow saya bersyukur ^_^

  1. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah belanja saya makan mee goreng, masak sendiri kat rumah 😀
  2. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memilih saya untuk mentadabbur dan membaca sebuah surah dari Al-Quran.
  3. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Engkau kurniakan kesihatan yang baik buat suami saya.
  4. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menghantarkan Group Shaklee yang superb kepada saya (Nota: Saya belum capai pangkat tertinggi dalam Shaklee, tak semestinya dah Masters baru nak bersyukur 😉 )
  5. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana uji diri ku dan anak-anak dengan ujian kesihatan, agar kami berkali-kali bersyukur pada berbulan-bulan nikmat sihat yang Engkau kurniakan sebelum ini 🙂
  6. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana Engkau kirimkan beberapa manusia yang menguji, sekaligus ia bantu saya untuk sentiasa ingat pada-Mu, yang semua ujian pun datang dari Engkau, dan pasti akan Engkau ganti dengan yang lebih baik andai saya memilih untuk redha berbanding merungut :’)
  7. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana beri peluang kepada kami untuk menemani anak-anak main di playground pagi tadi :’)
  8. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami rumah yang cukup selesa untuk berteduh dan beraktiviti 🙂
  9. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana izinkan kami sekeluarga untuk ke masjid waktu Isya’ tadi
  10. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menyentuh hati ku untuk merindui kekasih Mu Rasulullah s.a.w saat di alunkan nasyid Muhammad Ku Nabi Ku.. :’)

senarai kesyukuran

Pinjam kata-kata Syireen : “Fokus pada perkara yang kita dapat, daripada perkara yg kita terlepas.”

Alhamdulillah, korang yang baca, rasa apa?

Bahagia, kan? Betul tak? ^_^

Yang sedih-sedih, kita simpan dan cerita kan luahkan semua hanya kepada Allah.

Sebarkan cas positif pada dunia, agar yang datang semula kepada kita, adalah positif-positif juga 😀

Jom, sebelum tidur, fikir yang indah-indah, berterima kasih lah kepada Allah.

Hati yang bahagia dan tenang itu bukan lah hati yang memiliki dunia, tapi ia adalah hati yang dipenuhi dengan cinta kepada Allah..

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *