Keukenhof Garden, Netherland

Saya bukan lah peminat bunga. But once stepped in Keukenhof Garden, Subhanallah Allahuakbar!

Lautan bunga yang buat kita terpana. Maha Suci Allah. Hebatnya Allah.

Untuk masuk Taman Keukenhof ini kena ada tiket. Kami beli online sahaja sejak di Malaysia, lepas pembayaran, mereka email barcode.

Barcode ini kita scan di pintu masuk tu nanti.

1 tiket hanya untuk kegunaan 1 hari.

Taman buka jam 8 pagi tutup jam 7 petang. Waktu ini maghrib adalah jam 9 malam ?? Bayangkan 7 petang tu masih cerah sangat-sangat.

Kami menginap di Lisse, Netherland masa ni. Jadi no rush untuk kejar bas balik. Kalau nak balik rumah jalan kaki setengah jam dah sampai dengan udara nyaman sejuk.

Nak naik teksi balik rumah pun boleh. Dekat pun diorang layan.

Dalam taman ada cafes dan toilet pun bersih. Jadi kalau nak duduk sana sehari suntuk pun bagus especially yang bawa anak-anak.

Picnic spot pun banyak iaitu tempat redup di kelilingi bunga.

Oh, di sini juga ada attraction untuk anak-anak kecil. Ada macam zoo kecil yang ada arnab-arnab besar dan playground.

Sayangnya kami dah nak balik baru nampak.

Next time visit mesti singgah situ.

#deejatravelstories

2 Comments

  1. MaMa Chantique 10 August 2017
    • Khadeejah 14 August 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares