Kid’s Cabin Untuk Anak-anak Kecil di Avillion Port Dickson
Selain dari Pet Farm, Resort Avillion Port Dickson juga sangat highly recommended untuk keluarga bersama anak kecil sebab ianya ada bilik aktiviti iaitu Kid’s Cabin.

Bilik aktiviti ini tak lah terlalu besar tapi boleh membuatkan anak-anak sibuk.
Antara aktiviti menarik yang kami lakukan di sini termasuklah :
- Main Lego
- Main sand art
- Main congkak
- Jenga dan domino
Hanya bersebelahan dengan Kid’s Cabin ini ada playground. Kiranya beraktiviti di Kid’s Cabin, kemudian main di playground dan kemudian main semula di Kid’s Cabin.

Anak-anak memang seronok. Kita, bila anak-anak happy, kita memang automatik rasa berbunga 😀
Mari saya kongsikan aktiviti kami di Kid’s Cabin, Avillion Port Dickson.







Jom belanja anak-anak ke Avillion Port Dickson!
Menarik. Saya lebih prefer aktiviti yang boleh ‘bonding’ seperti ini unutk anak-anak berbanding bawa mereka ke Amusement Park.