Muhasabah

Kisah Istighfar Dan Imam Ahmad

Dah lupa kat mana pertama kali saya baca kisah ni.

Menceritakan tentang kuasa doa, istighfar dan rahmat Allah itu pastikan datang dengan cara yang kita tak tersangka-sangka.

image
Credit Google

Jom baca

Suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal (Pengasas Mazhab Hambali) pergi ke sebuah masjid utk iktikaf dan qiam.

Masjid tu dijaga oleh seorang petugas. Imam Ahmad bagitau kat petugas yang dia berhajat nak bermalam dalam masjid.

Tapi petugas tu tak izinkan atas sebab-sebab tertentu.

Imam Ahmad macam pelik. Ok fine.

Dia cakap takpe lah, dia tidur luar masjid je.

Tapi peliknya tidur kat luar masjid pun petugas tu tak kasi jugak

Uik, luar masjid pun tak boleh?

Imam Ahmad kate, kalau gitu takpe lah, dia tidur di perkarangan masjid, sambil berdiri je.

Pun petugas masjid tak kasi.

Imam Ahmad sangat pelik. Kenapa tak boleh. Bukan dia kata nak baring pun kan.

Perbualan Imam Ahmad didengari oleh seorang lelaki. Rumah lelaki ni dekat je.

Sebab kan kesian, lelaki ni offer Imam Ahmad untuk qiam kat rumah dia. Imam Ahmad pun bersetuju.

Pada waktu malam, Imam Ahmad bangun untuk solat. Lepas tu dia dengar lelaki tuan rumah sedang beristighfar dengan nada penuh pengharapan dan tangisan.

Selepas selesai solat Subuh, Imam Ahmad bertanya tentang peristiwa malam tadi.

Lelaki tu menjawab, aku selalu berdoa pada Allah memohon itu dan ini. Semua doaku Allah makbulkan.

Tapi kali ni ada satu yang aku doa, tapi doaku tak dikabulkan.

Jadi tak tahu apakah dosa yang aku dah buat hingga Allah tak terima permintaan ku. Sebab itu aku beristighfar kepada Allah dengan penuh penyesalan

Lalu Imam Ahmad bertanya, apa yang kamu minta?

Tahukah kita, apa yang lelaki itu minta pada Allah?

Lelaki tu jawab, “Aku berdoa pada Allah agar aku dapat berjumpa dengan Imam Ahmad dan beliau tidur dan beribadah di rumahku..”

Ya Subhanallah…… :’)

Imam Ahmad berkata, “Kerana istighfar kamu itulah, Allah telah menarik aku ke rumahmu.”

Terkejut kan.. Tak sangka.. Kan?

Cantik betul aturan Allah.. Kerana Istighfar, Imam Ahmad seolah-olah dihalau keluar dari masjid oleh Allah dan ditarik ke rumah hamba dia yang berdoa sungguh-sungguh merayu pada Nya..

Padahal Imam Ahmad, pasti kategori Imam besar.

Jadi jika kita punya hajat, dan masih buntu, mari kita perbanyakkan Istighfar.

Kita tak tahu dosa yang mana yang melambatkan hajat kita

image

Kalau dah Istighfar 100x kali, gandakan jadi 200x atau seribu kali, atau 10,000 kali

Jangan sesekali kita berputus asa untuk berdoa memohon pertolongan dari Allah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 🙂

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *