Kisah Kenapa Tiba-tiba Nak Pergi Istanbul

Travel pertama kami selepas Japan (yang repeat sampai 5x sebab best sangat ?) adalah Istanbul.

Asalnya tak pernah teringin pun nak ke Istanbul. Tapi tiba-tiba mak apak dan adik-beradik nak ke sana beramai-ramai saja bercuti, jadi kami pun “why not”

Saya memang suka aktiviti jalan ramai-ramai bersama keluarga.

P.s : Belanja semua sendiri tau, dah besar panjang segan lah nak mak pak belanja.

Masa ni lah pertama kali kami merasa naik Qatar Airways. Selama ni asyik MAS sahaja kan.

Kami sampai lewat sikit dari keluarga yang sampai lebih awal sebab hubby ada kelas di Sabah. Jadi kami tak join mereka untuk Cappadocia trip.

Masa mereka di Cappadocia, kami baru touch down Istanbul.

Oleh kerana saya ada follow sebuah blog travelog, saya book hotel macam yang blog tu recommend. Sebab katanya Aya Sophia depan mata.

Kami sampai lewat malam. Hotel tu macam kecik je, depan hotel ni dah macam dead end ada jalan je, betul ke? Takpe lah kita tengok esok pagi

Tapi di Istanbul, semua bangunan masjid nampak macam Aya Sophia ? Sama je bentuk kubah semua bangunan. Warna pun sama.

Esok paginya kami naik rooftop nak tengok sebab blog tu kata pemandangan tu kena tengok waktu breakfast dekat rooftop.

Wah memang nampak lah bangunan berkubah depan mata.

Tapi rupa-rupanya itu bukan Aya Sophia. Itu Sultanahmet Mosque atau lebih dikenali Masjid Biru ??

Aya Sophia ini terletak bertentangan dengan Sultanahmet Mosque. Kalau baca bangunan tulis Hamam Aya Sophia tu bukan ya.

Hamam maksudnya bilik mandi ???

Tapi akhirnya jumpa lah Aya Sophia. Apa benda menarik pun tak tahu – dah sebab memang tak pernah minat Istanbul kan jadi tak study apa pun.

Jadi kami hire tour guide yang memang duduk dekat pintu gate masuk untuk cerita pada kami sejarah asal usul Aya Sophia, to be more appreciative.

Memang berbaloi-baloi lah hire tour guide ni sebab jimat masa tak payah Google ?

Dan paling best, apa benda kita tak jelas boleh terus tanya. Kalau sewa audio kan tak boleh tanya benda pelik-pelik ☺️

Dia terangkan sejarah bermula dari runtuhan yang bermula di luar bangunan dan perkaitan Aya Sophia dan Sultanahmet Mosque, sangat membuka mata.

Pelajaran paling terkesan di hati adalah, betapa tinggi pekerti Sultan Muhammad Al-Faatih.

P.s : Sebut nama Faatih tu 2 harakat bunyi ‘Fa’. Ikutkan ada calit atas huruf a.

Beliau hormat pada pihak musuh walaupun dah berjaya menawan pihak musuh. Beliau langsung tak rosakkan apa-apa lukisan kristian dalam Aya Sophia. Dia tak peel off ke samak ke etc.

Dia just tutup dengan calitan cat yang plain dan atas cat tu langsung tak tulis apa-apa. Dan cat yang di pilih pula adalah jenis yang tak merosakkan lukisan.

Subhanallah tinggi pekerti.

P.s : Gambar ini bukan lah dari hotel yang saya cerita tu, ini dari hotel lain yang kami duduk selepas balik dari Pamukkale

Insya-Allah next time saya kongsikan hotel best yang kami duduk di Sultanahmet yang view macam kat atas tu ya.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares