Muhasabah

Kisah Nabi Musa dari Surah Thaha

Seronok Ramadhan ni sebab orang berlumba- lumba nak habiskan satu juzuk per day. Maka kami pun sama lah. Tapi as times goes by, saya lebih suka pendekatan berbeza. Saya sangat suka dan admire bila dapat baca kisah- kisah pelik dalam Al-quran. Sekali baca, macam kisah fairytale, tapi kalau Allah yang ceritakan, ia pasti bukan fairytale. Alah macam syurga neraka, pun macam fairytale kan. Hanya yang beriman akan meyakini, dan beramal bersungguh-sungguh utk akhirat.
Hari ni kita bercerita tentang kisah Nabi Musa dari Surah Thaha
Selepas Nabi Musa a.s menunjukkan mukjizat beliau, maka para ahli sihir semua tunduk menyerah diri menyembah Allah. Firaun marah sangat. Dia kata, apakah kamu akan menyembah Allah sebelum aku mengizinkan kamu??? Firaun kan fikir dia tuhan.Dia ugut orang-orang yg nak ikut Nabi Musa a.s,’Aku akan potong tangan dan kaki kamu bersilang! Dan aku akan salib kamu kat pangkal pohon kurma!! Nanti tahulah korang betapa azabnya seksaan aku!’
Tapi pesihir ni semua cakap, ‘kitorg dah tengok mukjizat Musa. Allah itu sebenarnya lebih berkuasa dari engkau! Buatlah apa2 ikut suka kau wahai Firaun, kitorg tak kisah.’
Tengok, dah kena ugut punya dahsyat, tapi sebab diorang ni sangat takut pada Allah melebihi takut pd Firaun, diorang tak kisah Firaun buat apa.
Then Allah perintah kan Nabi Musa a.s bawak lari pengikut dia yg baru. Allah suruh pukulkan tongkat kpd Laut, dan laut akan terbelah. Jangan risau tenggelam ke apa ke, semuanya akan selamat. See, punya macam fairytale kan, tapi telah terbukti perkara ni pernah terjadi, melalui kajian sapa tah, tak ingat. Kajian tu cakap memang ada kesan terbelah kat Laut tu. Macam miracle, tapi betul ada kesan.
Lalu Nabi Musa a.s pun pukul laut merah hingga terbelah dua! Tiba2 je tersedia satu laluan kering khas untuk mereka di tengah laut. Diorang pun lari ikut laluan tu. Dan bila saja Firaun sampai bersama konco-konconya, laluan tertutup, danΒ  Firaun ditenggelamkan oleh gulungan ombak!
Kalau mat saleh buat muvi ni, wahhh!!
Setelah sampai di suatu tempat, dan Nabi Musa a.s dan pengikutnya selamat, Allah turunkan pulak makanan dari syurga yg bernama Manna was Salwa. Kalau ikut bahasa melayu, maksudnya manisan. Tapi kita org biasa ni, mana lah pernah rasa makanan dari syurga. Jadi sah2 ia nya pasti lebih special drp mana2 dessert yg kita rasa sedap
Allah suruh diorang semua pi Gunung Sinai utk bermunajat. Tapi Nabi Musa a.s pi dulu. Bila Allah tanya, ‘Hai Musa, mana kaum mu?,’ Nabi Musa a.s jawab, ‘diorang sdg menyusul. Aku nak cepat sampai agar mendapat redha Mu.’
Rupa-rupanya, Allah lebih tahu. Allah btahu Nabi Musa a.s, kaum yg Nabi Musa a.s tinggalkan tu, sedang diuji dgn patung anak lembu.
Ceritanya, ada sorang ni, dari Bani Israil gak. Nama dia Samiri. Dalam terjemahan quran ni ada cakap memacam pendapat. Samiri ni, entah kenapa. Dia perasan ada tapak kaki kuda Jibril kat tanah. Dia pun ambil bekas tapak kaki kuda tu, dan simpan.
Ok.
Masa pengikut Nabi Musa a.s ni lari drp Firaun, diorang ni bawak byk emas dan perhiasan. Samiri ni suggest, kita lebur je lah emas kita, berat nih nak jalan. Samiri sediakan satu tempat utk leburkan emas. Dah siap ada api. Without anybody noticed, Samiri ni dah buat acuan patung anak lembu kat lubang tempat lebur emas. Semorang pun baling emas dalam lubang berapi tempat Samiri suggest tu, tanpa ada rasa apa2 syak wasangka. Samiri pun baling sekali emas dia, dan baling jugak tanah yg tapak kaki kuda Jibril.
Bila dah selesai melebur, tiba2 dari lubang lebur emas tu, keluar lah patung emas anak lembu, dan macam ada suara. Geng bani israil ni terkejut sangat, terus diorang cakap ‘Ini lah Tuhan kami!’
Masa tu Nabi Harun a.s pun ada. Puas Nabi Harun kata, korang sesat ni, kita tunggu lah Nabi Musa a.s sampai dulu. Ni patung je kot, mana dia bileh buat pape. Korang cakap apa pun dia tak jawab. Tapi Bani Israil buat dek.
Bila Nabi Musa a.s sampai je kat tempat tu, habis Nabi Harun kena marah. Tapi Nabi Harun explain lah, bukan aku tak halang, dorang ni degil sgt.
Bila tanya kat Samiri, apsal ko buat camni? Kan diorang dah sembah patung anak lembu. Samiri cakap, aku tahu sesuatu yg diorang tak tahu- tapak kaki kuda Jibril. Maka aku saja2. Errr. Kemudian Samiri pun di halau oleh Nabi Musa a.s
Thaha: 65- 98
Ala- ala fairytale tak? Tapi kalau dalam Quran cerita, ianya pasti kisah yg benar, dan pernah berlaku. Bukan cerita sembarangan, bukan karangan manusia. Allah itu Maha Hebat. Allah itu Maha Berkuasa..
Jom sambung baca kisah lain πŸ˜€

Published with Blogger-droid v2.0.6

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *