Bisnes Dari Rumah | Business

Klinik Bisnes Creams Shaklee

Semalam ada Klinik Bisnes Creams iaitu sesi coaching Shaklee business.

Untuk kali ini kelas adalah bersama Kak Imah (Naimah Wahab) yang datang dari Putrajaya.

Kak Imah adalah ibu anak tiga yang setiap hari pun sibuk dengan urusan hantar dan ambil anak-anak dari sekolah, urusan rumah dan masih aktif menyusukan anak ketiga.

Akak ini jualan beliau majoriti daripada blog yang diusahakannya, My Life Ria.

Beliau dapat juga jualan dari Facebook – biasanya dari kenalan yang dah memang kenal beliau atau rakan-rakan dan ahli keluarga.

Bersengkang mata menulis artikel di blog

Kak Imah mula menulis blog dalam tahun 2013 jika tak salah.

Ibu anak tiga ini menulis untuk berkongsi tips kesihatan dan kebaikan produk Shaklee.

Masa dulu tulis karangan/entry di blog, Kak Imah susah sangat nak dapat orang masuk untuk baca.

Nak dapatkan 100 orang yang datang purely dari Google pun sangat lah payah.

Air mata betul.

Sales apatah lagi.

Kadang-kadang datang juga rasa sayu. Betul ke apa aku buat ni.

Sampaikan suami Kak Imah cakap, dah dah lah tu tulis entry di blog.

Ye lah, suami Kak Imah pun kesian tengok Kak Imah malam bersengkang mata tidur berapa jam lah sangat semata-mata untuk update blog.

Usaha mula membuahkan hasil

Tetapi Alhamdulillah berkat konsisten dan sabar, blog beliau dah mula menampakkan hasil.

Rata-rata orang yang close deal adalah beli produk paling mahal – Vivix.

Kalau sebelum-sebelum ini, Kak Imah selalu dah rasa bonus Shaklee 3-angka.

Alhamdulillah bulan lepas, buat pertama kali nya Kak Imah dapat juga merasa bonus 4-angka hasil penat lelah beliau.

Teruja, Kak Imah tunjuk suami, suami cakap “Eh, boleh tahan juga ya.”

Alhamdulillah syukur.

Blog sebagai medium pemasaran

Kak Imah lebih suka guna blog untuk bisnes sebab katanya letih bila guna Facebook ni.

Kalau Facebook setiap hari kena pulun sharing. Kalau tiada sharing, orang tak tahu kita jual apa.

Blog, ya setiap hari kena tulis.

Tapi kata lah tiba-tiba satu hari tiba-tiba sibuk tak dapat tulis blog atau berpantang ke, jualan tetap masuk macam biasa sebabnya apa yang kita tulis bersengkang mata 2 tahun lepas akan datangkan hasil tahun ini tahun depan bahkan 10 tahun akan datang sekalipun.

Resolusi Klinik Bisnes

Coaching tahun ini saya paksa Kak Imah tulis semula dalam bentuk slide – apa kena buat balik rumah.

Buat depan mata, kita bincang sama-sama upload dalam group sebelum balik rumah.

Sebabnya biasalah kalau dah macam-macam benda belajar, boleh jadi overloaded dan blur nak mula dengan apa.

Slide ini nanti sampai rumah kena print dan tampal pada dinding.

Focus sampai hujung bulan – tak kisah lah sales masuk ke tidak, usaha kena buat sungguh-sungguh.

Semoga Kak Imah berjaya capai impian beliau, anak-anak, suami dan keluarga.

Chaiyok!

P.s : Klinik Bisnes kali ini mengambil tempat di FATiH – fully utilize kemudahan yang ada. Setiap kelas sangat mengalu-alukan kehadiran anak-anak pintu rezeki ??

Anak-anak di bilik mainan

 

Bilik movie untuk anak-anak dan para suami rehat dan makan-makan

Mahu ikuti Klinik Bisnes Creams

Nak tak masuk Klinik Bisnes yang macam Kak Imah join ini?

Ya, anda boleh join Klinik Bisnes kami tetapi perlu daftar sebagai ahli Shaklee terlebih dahulu bersama kami.

Klik untuk isi borang pendaftaran jadi ahli.

Nanti saya akan hubungi anda melalui email atau Whatsapp selepas anda isi borang tersebut ya.

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *