Family

Korang Tau Tak – Reem

Segmen Korang Tau Tak akan berlangsung selama..  Erm erm..

Oh hari ni just nak kongsi, gembiranya saya dengan kelahiran –  nak kata anak sedara, tak pasti lah.

Adik saya punya anak sedara. Syrian refugee, anak kedua, girl, bermata biru. Subhanallah!

Alhamdulillah sangat, normal delivery after ceasarian, kat negara Arab mmg dikatakan csec aje.

Baby tu 3.2 kg

Menamakan Anak Tradisi Orang Arab

Oh, korang tau tak, orang Arab biasanya menamakan anak mengikut:

1) Kalau dia adalah anak pertama dalam keluarga, anak pertama dia biasanya akan ikut nama ayah dia

Contohnya, anak sedara kepada adik saya, nama dia Saad. Nama atuk dia pun Saad.

Baru je lahir beberapa hari lepas.

Jadi nama baby tu adalah Saad bin Abdullah bin Saad

Cam tak percaya pun ada, rupanya ada ya orang namakan anak ikut nama yang dah ada dalam keluarga.

Adat berbeza, kan.

2) Orang Arab biasanya namakan anak ikut objek yang diorang rasa sangat cantik atau hebat.

Macam kita, kita biasa namakan anak dengan nama Arab yang ikut nama Nabi atau sahabat nabi atau isteri nabi, atau yang makna kata kerja.

Contohnya nama Nur yang bermaksud cahaya. Nur itu adalah bahasa Arab.

Kita tak gunakan bahasa kita sendiri untuk namakan anak. Sangat jarang kita jumpa orang menamakan anak dia ‘Cahaya’

Tapi orang Arab namakan anak mereka menggunakan bahasa mereka juga, bahasa Arab, dan membawa maksud yang sedikit pelik bagi saya.

Contohnya ada yang menamakan anak dengan maksud ‘Embun’

Dan ada yang menamakan anak dengan nama Reem, Reem adalah bermaksud Rusa.

Rusa Reem ini di kalangan bangsa Arab, adalah rusa yang sangat cantik.

Nama arwah mak mertua adik saya adalah Reem.

Ni adik saya yang kahwin dengan orang Syria.

Dan nama anak sedara dia yang baru lahir semalam adalah Reem juga, sebab ikut nama mak mertua dia.

Sorry tak buh gambar sini sebab belum minta izin mak dia untuk publish gambar baby mata biru tu.

Huhu.

Sekian segmen Korang Tau Tak pada hari ini ^^

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *