Kota Kinabalu : Jalan-jalan di Opposite Pasar Filipina

Oleh kerana kami pernah ke Pasar Filipina pada kali pertama ke Kota Kinabalu, kali ini, dah tak nak pergi lagi.

Hazwan Arina ada suarakan teringin nak tengok pasar yang famous tu. Jadi suami saya cadang bawa ke pasar yang opposite dari Pasar Filipina. Pasar yang opposite ni terletak memang opposite sungguh lah dari Pasar Filipina.

image

Bertentangan jalan, jadi kena melintas jalan. Ianya betul-betul bersebelahan Hotel Le Meridian Kota Kinabalu.

image

Barang di pasar opposite ini lebih murah, tapi rupa barang adalah lebih kurang dengan Pasar Filipina. Contohnya ada gelang di Pasar Filipina berharga RM 30. Di pasar opposite tu boleh dapat RM 10 tanpa tawar-menawar.

Biasa kat pasar, ada benda macam kat pasar malam lah. Di Kota Kinabalu, kami lebih suka tengok perhiasan mutiara.

image

image image

Kalau tahun lepas ada sekali tasbih mutiara cantik-cantik.

Tahun ini saya kurang berkenan sikit mungkin sebab majoriti gelang berkonsepkan Pandora. Tasbih pun tak nampak. Saya kurang minat sikit Pandora walaupun dah cuba kat tangan.

Sudahnya, beli kan untuk Maryam je. Maryam sesuai pakai Pandora style sebab kurang kemungkinan gelang untuk tetas sebab rangka dia dah keras, kan.

Kalau gelang biasa, memang Maryam suka nak tarik-tarik.

Kalau anda mencari souvenier untuk sedara, tempat ini salah satu tempat yang sesuai. Jangan lupa singgah ya.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares