Uncategorized

Kuasa Doa Yang Bersungguh

Beberapa hari lepas kami baru touch down dari Japan, maka pagi itu semua pun melayan keletihan flight dan agak malas nak keluar rumah.

Tapi bila time lunch, anak-anak pun dah mula meragam nak makan.

Mak nya tak masak atas keadaan dapur yang masih belum mengizinkan ? P.s : Lain kali kalau nak out of town more than a week, toksah simpan segala bawang, nanti tumbuh pokok bawah tu ?

Akhirnya saya decide tapau ayam KFC je lah.

Bila suami tanya nak part apa, of course saya jawab nak Chicken Wing.

Mengikut rekod belian kami di KFC yang berdekatan, tiap kali minta Chicken Wing mesti kaunter cakap dah habis. Tak pun, memang takde.

Tapi sebab nak sangat3 Chicken Wing ni, maka sejak dari sebelum suami keluar rumah lagi saya tak putus berdoa semoga Chicken Wing ada ?

Bila ada thought ‘What if Chicken Wing tiada macam biasa?’ Cepat-cepat saya luputkan such thought dan teruskan berdoa.

Wow sangat keazaman mahukan Chicken Wing.

Hampir sejam berlalu. Suami masih belum pulang.

Dia wasap gambar orang sedang beratur panjang di kaunter. Rupa-rupanya kaunter hanya buka satu sahaja.

Hati saya mula berdebar. “Alamak, macam mana Chicken Wing aku ni. Kalau tak beratur panjang pun susah nak ada, ini kan pulak bila beratur sampai ke pintu.”

Ahh takde, forget it. Teruskan berdoa.

Doa ni bukan takat angkat tangan. Apa yang kita terdetik dan sebut dalam hati adalah doa yang more powerful sebab ianya minda separa sedar.

Wah wah tak mahu mengalah berdoa.

Suami tak update apa-apa just bila dah selesai order, dia just bagitau dah nak balik.

Sesampai di rumah, sambut suami bersama anak-anak yang kelaparan ??

Terus buka kotak KFC.

Hah! Terkejut!!

Ada 3-4 ketul Chicken Wing!! ?????

Allahuakbar Subhanallah Syukur alhamdulillah.

Makbul jugak doa orang kelaparan ni.

Suami kata tak sangka pulak dapat banyak Chicken Wing. Biasanya memang takda.

Moral of the story :

Bila kita mahukan sesuatu, betul-betul mahukan sesuatu, usah berhenti berdoa dan berharap pada Allah.

Bila ada kata-kata dalam hati atau terdetik fikiran kabo yang you can’t have it, please, cepat-cepat DELETE dan gandakan lagi doa dan usaha.

Syukur Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah.

Muah to my beloved hubby ❤️??

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *