Muhasabah

Kuasa Minda

Currently saya sedang membaca buku Dr Azizan Osman. Macam menarik je kawan FB cerita pasal seminar dia. Ai beli buku lah dulu.

Salah satu topik yang menarik perhatian saya ialah mengenai minda kita. Ya, memang semua orang tahu minda kita sangat berkuasa, atau kalau ada yang tak tahu, mari saya terangkan 🙂

Minda kita adalah satu benda yang sangat power yang boleh menentukan kita berjaya atau tidak.

Hari ini saya kongsikan 2 contoh minda yang berkuasa

Contoh #1: Kudung kedua belah tangan dan kedua belah kaki, tapi penulis buku best- seller!

Siapa?

Nick Vujicic lah orangnya.

NickVujicic

 

Saya asalnya tak lah kenal sape dia ni. Sampai lah kenalan saya di anugerahkan anak istimewa, yang lahir pra- matang, dan di asbabkan dengan kurang kepakaran di hospital, kaki anaknya terpaksa dipotong masa baru lahir.

Dan kenalan saya ini mencari kekuatan. Kalau kita lah kat tempat dia, dah down tak tahu nak kabo. Anak demam sikit pun dah rasa tak keruan, kan?

Kenalan ini mengenalkan saya kepada peribadi yang lebih teruji – Nick Vujicic.

Oh dear, saya tak sangka ada manusia macam dia, tapi!! Berjaya!

Biasa saya jumpa orang macam tu kat pasar malam minta sedekah je

Nick Vujicic ni bukan takat tak minta sedekah, bahkan masa kat sekolah, dia adalah top student, berjaya masuk universiti dan ada degree ok!

Cer tengok berapa ramai orang cukup sifat tapi nak excel kat sekolah punya payah, nak masuk universiti apetah lagi.

Dan dia ni dah kahwin pun, siap ada anak.

Saya sangat kagum! Nick ni penulis beberapa buku motivasi best-seller.

Dan kalau baca pun, dia banyak tekankan aspek kerohanian. Tersentuh hati.

Salah satu buku best-seller Nick Vujicic
Salah satu buku best-seller Nick Vujicic

Cuba kita tengok diri kita. Bandingkan dengan Nick Vujicic ni. Apa beza kita dan dia?

Fizikal kita mungkin sempurna alhamdulillah berbanding dia. Tapi minda kita?

Adakah kita suka penuhkan minda kita dengan perkara negatif yang menjatuhkan diri sendiri, atau perkara positif yang membina peribadi hebat?

Contoh #2: Bersalin Tanpa Sakit (HypnoBirthing)

Lagi contoh minda yang berjaya bagi saya adalah – bersalin tanpa sakit. Kalau nak cerita, memang panjang.

Ia nya tak mustahil, dan saya sendiri pernah lalui.

bersalin tak sakit

 

Ya saya tahu isu homebirth semacam taboo di kalangan masyarakat Malaysia baru – baru ini. Eh jangan salah sangka, gentle birth tak semestinya homebirth.

Tapi its up kepada kita lah nak gentle birth kat hospital ke, kat rumah ke, dalam kereta ke, kat chalet ke.

Dan kaedah hypnobirthing adalah salah satu kaedah yang train dan reset minda kita, bahawa bersalin adalah sesuatu yang semulajadi, indah, bahagia, dan seronok. Kalau pun ada rasa intense, ia adalah enjoyable.

Masa bersalinkan anak pertama, alhamdulillah dengan izin Allah, saya refuse any type of painkiller.

Saya bukan high pain tolerance ya.

Macam mana saya tahu saya bukan high pain tolerance?

Kalau nak tahu, masa kandungan saya mencecah 6-minggu masa tu, gynae pernah seluk alat scanner untuk cek degupan jantung baby sebab by scanner biasa tak nampak, dan masa tu mengalir air mata saya menahan kesakitan.

Tapi alhamdulillah semasa bersalin, dengan izin Allah, tiada setitik air mata pun tumpah, dan saya enjoy bersalin walaupun it went for hours.

Ia adalah kerana saya dah belajar dan saya faham dengan betul- betul bagaimana tubuh kita bekerja untuk melahirkan bayi. Proses itu sangat indah, dan bila kita betul -betul faham, baru lah kita dapat go with our body’s flow dan enjoy every moment.

Dan alhamdulillah untuk anak kedua, dengan izin Allah, kami berjaya homebirth di Kerteh. Esoknya balik Shah Alam, tulatnya baru jumpa gynae untuk post delivery check up 😉

Eh dah panjang cerita.

Pendek kata, kalau kita kawal dan bagitahu benda yang positif kepada minda kita, yang kita asalnya rasa mustahil pun, tetap kita pasti boleh accomplish.

There is no such thing as impossible.

Reset minda kita. Beritahu kepada diri sendiri yang kita boleh lakukan.

Hubungkan hati kita dengan pencipta kita dan pemegang rezeki kita iaitu ALLAH.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *