Berpantang | Breastfeeding Tips

Lagi Tips Banyakkan Susu Semasa Berpantang

Biasanya dalam minggu pertama, susu akan mula masuk dan breast akan mula membengkak sehingga kadang terlalu keras macam batu.

Masa ini lah kita kena mulakan tindakan yang betul supaya susu akan tetap banyak di hari mendatang.

Tips untuk banyakkan susu semasa berpantang untuk kali ini adalah – kosongkan breast setiap kali baby menyusu.

Contohnya, breast kita sedang bengkak dan keras sebab terlalu banyak susu.

Bila baby mula menyusu, pegang lembut bahagian keras tersebut dan urut sikit je supaya bahagian tersebut akan melembut dan susu di bahagian tersebut dapat juga dihabiskan.

Kalau tidak, baby akan berhenti menyusu dengan cepat, bahagian keras itu baby tak dapat susu sebab mungkin terlalu jauh ke bawah bahagian breast.

Tapi kalau baby tetap mahu berhenti sebelum habis semua susu dalam breast, kosongkan juga breast dengan cara pam susu di breast yang baby menyusu tadi.

Boleh perah menggunakan tangan atau pam menggunakan pam susu.

Moga entry ini bermanfaat untuk ibu dalam pantang 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *