Langkah Pertama Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamua’laikum dan salam 20 Ramadan ! 😍

Entry ni khas saya coretkan untuk bakal ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi buat kali pertama.

Tahukah anda susu ibu adalah susu yang terbaik? Walaupun banyak cubaan dan kajian nak copy paste susu ibu, tetapi GAGAL. Hebatnya Allah yang Maha Hebat.

Langkah pertama mulakan penyusuan susu ibu

 

 

Jadi untuk merealisasi hasrat murni anda, saya akan kongsikan 7 tips penting untuk memulakan penyusuan susu ibu

Tips #1: Ilmu

Sebelum anda bertindak mesti ler kena ada ilmu betul tak. Jadi mesti rajin topup ilmu tentang penyusuan susu ibu terlebih dahulu ya. Dah takde pengalaman, of coz kena ada ilmu dulu kan.

Dekat mana nak dapatkan ilmu ni? Banyak je sumber. Antaranya boleh like fb page https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/fref=ts dan https://www.facebook.com/BreastfeedingHeaven (page ai lah tu 😁) atau google jer info atau beli buku.

Kalau ada bajet lebih boleh join kelas penyusuan dengan zauj memasing. Hehe. Studylah sebanyak mungkin tentang penyusuan supaya anda lebih bersedia mental dan fizikal. 💪

Tips #2: Hospital

Kalau boleh, bersalinlah dekat hospital yang mesra penyusuan. Kenapa? Supaya nanti bila sejurus anda lepas bersalin, makanan pertama yang masuk ke dalam perut comel bayi anda adalah susu ibu. Bukan susu formula atau air tau.

Awal-awal kelahiran susu ibu dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum ni sikit dan pekat. Jadi, jangan risau kalau susu sikit waktu baru bersalin. Sebab bayi baru lahir perut depa besaq biji guli ja, jadi susu yang terhasil ni ikut saiz perut bayi.

Kelebihannya insya-Allah boleh mengelakkan bayi daripada terkena jangkitan penyakit macam jaundice ke. Sekarang ni dah banyak hospital kerajaan mahupun swasta dah provide mesra penyusuan.

Tips #3: Payudara

Anda boleh cek siap-siap dekat hospital untuk kenali jenis miss nipple anda. Kalau miss nipple normal takpe, kalau inverted atau tenggelam boleh buat urutan dekat payudara anda sebagai persediaan.

Tips #4: Pemakanan

Pastikan anda makan makanan yang sihat walafiat dan seimbang sebagai persediaan sebelum menyusukan bayi. Standardlah makanan seimbang. Setiap kali makan, dalam pinggan ke mangkuk ke pastikan ada complete meal.

Mesti ada protein, karbohidrat, sayur dan serat. Belajar minum banyak air kosong. Jangan asyik nak telan air manis dan bergas je. Kang bergas je perut baby tu kang. Hehe.

Bila dah jadi breastfeeding mom, makanan memang kena jaga tau. Nah alang2 tu saya share link 5 perkara asas penyusuan http://temp.diaryofmuhammad.com/5-perkara-asas-penyusuan/

Tips #5: Kebersihan

Sudah pasti kebersihan miss nipples wajiblah dijaga. Saluran utama makanan dan minuman bayi kot 🙈 .  Kalau boleh basuh guna air biasa atau suam. Sebab sabun ni boleh menyebabkan miss nipples tersumbat.

Tips #6: Emosi

Pastikan emosi anda sentiasa stabil dan terkawal. Wat lex, wat peace je tau. Sebab tu pentingnye persediaan berlandaskan ilmu yang betul.

Asbabnya, stress dan emosi yang tak stabil boleh menyumbang kepada kekurangan susu badan. Penting untuk sentiasa positif dan tanamkan dalam minda. Aku boleh bf punya ! ☺

Tips #7: Doa

Usaha tanpa doa buang masa. Doa tanpa usaha juga sia-sia. Jadi tanamkan niat sedalam-dalam hati nak menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Paling koman pun bagi la fully breastfeed 6 bulan kalau dah tak mampu sangat. 😭

Tapi please (gaya merayu habis nih 🙏) usaha dan doa betul-betul supaya Allah makbulkan doa dan permudahkan usaha korang nak menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Insya-Allah.

 

langkah pertama penyusuan susu ibu 3

Eh terbanyak pulak tips. Hehe.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat bakal ibu-ibu yang ingin memulakan langkah pertama penyusuan susu ibu.

Psssttt: 10 malam akhir Ramadan dah menjelma. Jom pakat pecut ligan malam Lailatul Qadar noh bukan Lailatul Bazar 😝 . Insya-Allah.

 

Berminat order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

One Response

  1. attiey 8 July 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares